Nur (majalah)

(Dilencongkan dari Majalah Nur)

Nur (dari Arab: نُور, rumi: nūr "cahaya"[1]) merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan.

Nur
Kulit majalah Nur sebagai hiasan sahaja.
KategoriMuslimah
KekerapanBulanan
SyarikatKumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Majalah Nur mengkhusus dalam berita perkembangan kejayaan dan pencapaian wanita dan muslimah. Ia merupakan sebuah majalah bagi muslimah bekerjaya yang mengamalkan sahsiah diri dan pembentukan cara hidup Islam bagi pembentikan keluarga yang harmoni. Membawa pendekatan islamik yang moden, dinamik dan bermaklumat. Nur memaparkan pelbagai maklumat menarik, isu semasa, dan petua hubungan.

Nur merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 375. ISBN 967-65-7321-3.

Pautan luar sunting