Warta Konsumer

(Dilencongkan dari Majalah Warta Konsumer)
Warta Konsumer
Kulit majalah Warta Konsumer sebagai hiasan sahaja.
KategoriMaklumat
KekerapanBulanan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Maklumat penerbitan sunting

Pendahuluan sunting

Majalah Warta Konsumer diterbitkan sebagai satu langkah sokongan untuk membantu usaha kerajaan Malaysia membudayakan serta memartabatkan hak-hak pengguna. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk menyedarkan kepada umum mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna di samping memberi maklumat terkini mengenai isu-isu pengguna dan aktiviti perdagangan di peringkat domestik khasnya. Penerbitan yang disediakan akan dapat membantu pengguna meningkatkan ilmu pengetahuan.

Warta Konsumer kini telahpun berwajah baru. Penerbitan kali ini akan berterusan dalam memaparkan hal ehwal semasa berkaitan KPDNKK untuk 3 kali keluaran dalam setahun.

Sasaran pembaca sunting

Semua golongan pembaca yang memang terlibat terus sebagai pengguna pelbagai produk dan perkhidmatan seperti golongan professional, pemimpin masyarakat, guru, pelajar sekolah rendah, menengah, mahasiswa, kakitangan kerajaan, awam dan masyarakat pengguna.yang tidak mengenal usia.

Objektif penerbitan sunting

Antara objektif penerbitan

  1. Mengetengahkan pelbagai isu kepenggunaan kepada masyarakat.
  2. Memaklumkan pengguna tentang dasar, akta, berita dan maklumat yang baru dari kementerian berkaitan.
  3. Memberi penekanan terhadap tanggungjawab kerajaan untuk melindungi pengguna di Malaysia.
  4. Meningkatkan kesedaran awam yang lebih positif terhadap pelbagai isu kepenggunaan.
  5. Mewujudkan kefahaman dan kerjasama antara kepenggunaan di kalangan rakyat untuk mencapai Wawasan 2020.

Jumlah pengedaran sunting

Bagi memenuhi perubahan citarasa dan keperluan membaca maklumat kepenggunaan, sebanyak 30,000 naskah bagi setiap terbitan akan diedarkan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Warta Konsumer akan diedarkan melalui, sekolah-sekolah, perpustakaan-perpustakaan, pusat khidmat wakil rakyat, jabatan-jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan kedai-kedai buku terpilih.

Laman web Majalah Warta Konsumer (WK) sunting