Majapahit II Ialah kerajaan yang didirikan di atas runtuhan Empayar Chermin Jeddah pada tahun 1432-1502 oleh Raja Kemas Jiwa atau Sultan Iskandar, Kelantan (1429-1467), merupakan pemerintah yang memerintah Kelantan selepas Sultan Sadik Muhammad Shah. Baginda Sultan Iskandar mengasaskan Empayar Majapahit II yang berpusat di Kota Mahligai. Baginda pernah berkahwin dengan Ratu Suhita, pemerintah Majapahit (1427-1447) dan baginda dianugerahkan seorang puteri. Di Majapahit I, baginda diberi gelaran Bhre Parameshwara Sang Aji Jaya Ningrat. Baginda terpaksa bercerai dengan Ratu Suhita kerana dilantik sebagai Sultan Kelantan pada tahun 1429. Baginda menamakan kerajaan baru yang didirikan sempena nama kerajaan isterinya yang berpusat di Jawa Timur itu. Keris kebesaran kerajaannya juga dinamakan sebagai Keris Majapahit.

Rujukan sunting

  • Haji Abdul Halim Bashah (1993). Wali Songo Dengan Perkembangan Islam Di Nusantara. Al-Kafilah Enterprise. ISBN 983-99852-8-0.
  • http://pp-sk.blogspot.my/2014/10/siri-8-pengisahan-sejarah-kelantan-raja.html