Majelis Ulama Indonesia

Majelis Ulama Indonesia (singkatan MUI; Bahasa Arab: مجلس العلماء الإندونيسي‎Majlis al-ʿUlama' al-Indunīsī) adalah lembaga bebas dan mandiri yang mengumpulkan para ulama, pembesar dan cendekiawan Islam serata Indonesia untuk membimbing, membina, dan memayungi umat Islam di Indonesia. Badan ini diasaskan pada 17 Rejab 1395 Hijriah atau 26 Julai 1975 Masihi di Jakarta, Indonesia.[1] Sesuai dengan tugasnya, MUI membantu pemerintah dalam melakukan hal-hal berkaitan kemaslahatan umat Islam, seperti mengeluarkan fatwa dalam status halal sesuatu makanan,[2] penentuan kebenaran sebuah aliran dalam agama Islam,[3] dan hal-hal yang berkaitan dengan hubungan seorang muslim dengan sekelilingnya.[4]

Majelis Ulama Indonesia
مجلس العلماء الإندونيسي
Pembentukan26 Julai 1975
JenisOrganisasi
TujuanKeagamaan Islam
Ibu pejabatJalan Proklamasi No.51 Menteng, Jakarta Pusat, DKI Jakarta, Indonesia
Kawasan berkhidmat
Indonesia
Ketua Umum
KH Ma'ruf Amin
Laman sesawangmui.or.id

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

SejarahSunting

Sebanyak 26 badan agama diketuai ulama mewakili 26 buah provinsi se-Indonesia yang wujud pada ketika itu; 10 orang ulama daripada mereka ini menduduki kedudukan penting dalam peringkat pusat iaitu Nahdlatul Ulama, Muhammadiyah, Serikat Islam, Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI), Al Washliyah, Math’laul Anwar, Gerakan Usaha Pembaharuan Pendidikan Islam (GUPPI), Perguruan Tinggi Dakwah Islam (PTDI), Dewan Masjid Indonesia dan Al Ittihadiyyah, 4 orang ulama dari Departemen Nasional Rohani Islam, iaitu Angkatan-Angkatan Darat, Udara dan Laut Tentara Nasional Indonesia dan Polis Negara Indonesia serta 13 orang tokoh/cendekiawan yang merupakan tokoh perseorangan.

Dalam khittah pengabdian Majelis Ulama Indonesia telah dirumuskan lima fungsi dan peranan utama iaitu:

  • Sebagai pewaris tugas-tugas para Nabi (Warasatul Anbiya).
  • Sebagai pemberi fatwa (mufti).
  • Sebagai pembimbing dan pemberi khidmat (atau "pelayan") umat (Ri’ayat wa khadim al ummah).
  • Sebagai gerakan Islah wa al Tajdid.
  • Sebagai penegak ''amar ma'ruf nahi munkar'' .

Sampai masa ini, Majelis Ulama Indonesia mengalami beberapa kali kongres atau musyawarah nasional, dan mengalami beberapa kali pergantian Ketua Umum. Dari musyawarah tersebut, terhasilnya suatu kesepakatan untuk membentuk wadah tempat bermusyawarahnya para ulama, pembesar dan cendekiawan muslim, yang tertuang dalam sebuah piagam yang ditandatangani oleh seluruh peserta musyawarah yang kemudian disebut "Musyawarah Nasional Ulama I".

PerananSunting

Pembentukan majlis ini di bawah aturan pemerintah republik Indonesia menyatakan tiga tujuan umum:

  1. Memperkuat agama dengan cara yang dijelaskan falsafah kebangsaan Pancasila untuk memastikan suatu "ketahanan nasional".
  2. Penglibatan para ulama negara dalam pembangunan nasional.
  3. Mempertahankan keharmonisan antar umat beragama di Indonesia.[5]

MUI bertindak sebagai orang tengah atau "antarmuka" antara pemerintah Indonesia yang sekular (didasarkan pemisahan antara agama dan negara diamalkan Republik) dengan masyarakat Islam dalam kalangan rakyat negara tersebut

Perubahan dalam masyarakat awam setelah jatuhnya Suharto telah memperluas peranan MUI dan membuatnya semakin kompleks. MUI memberikan fatwa kepada masyarakat Islam; dengan cara ini mereka menentukan arah umum kehidupan umat Islam di Indonesia.[6]

MUI (khususnya sejak kejatuhan Suharto) telah memberikan pendapat dan mengeluarkan fatwa tentang pelbagai masalah, mulai dari peranan Tentara Indonesia dalam pemerintahan, penerimaan awam terhadap tarian bintang pop Inul Daratista, sampailah kepada hukum berdosanya pembakar hutan yang tidak sah di sisi undang-undang.[7][8]

TugasSunting

Pengabdian Majelis Ulama Indonesia tertuang dalam tujuh tugas, iaitu:[9]

  1. sebagai pengawal bagi penganut agama Islam
  2. sebagai pemberi edukasi dan pembimbing bagi penganut agama Islam
  3. sebagai penjaring pengiat ("kader") yang lebih baik
  4. sebagai pemberi solusi bagi masalah keagamaan di dunia internasional
  5. sebagai perumus konsep pendidikan Islam
  6. sebagai pengawal kandungan tersebar dalam media massa
  7. sebagai organisasi yang menjalankan kerjasama dengan organisasi keagamaan

KepimpinanSunting

Ketua UmumSunting

Berikut ini adalah daftar Ketua Umum Majelis Ulama Indonesia Pusat sejak 1975 sampai sekarang.[10]

No. Ketua MUI Mula menjawat Akhir menjawat Tempoh Musyawarah

Nasional

Ket. Representatif
1
  Buya Hamka
26 Julai 1975
19 Mei 1981
1
Munas MUI I

(1975)

Masjumi

Muhammadiyah

2
100px K.H. Syukri Ghozali
24 Julai 1981
20 September 1984
2
Munas MUI II

(1981)

NU
3
100px K.H. Hasan Basri
1984
1985
Fait accompli
Masjumi

Muhammadiyah

1985
1990
3
Munas MUI III

(1985)

4
100px Dr. K.H. Muhammad Ali Yafie
1990
1995
4
Munas MUI IV

(1990)

NU
1995
2000
5
Munas MUI V

(1995)

5
100px Dr. (HC). K.H. Mohammad Achmad Sahal Mahfudz
29 Julai 2000
28 Julai 2005
6
Munas MUI VI

(2000)

MasjumiNU
28 Julai 2005
25 Julai 2010
7
Munas MUI VII

(2005)

[11]
25 Julai 2010
24 Januari 2014
8
Munas MUI VIII

(2010)

[12]
6
100px Prof. Dr. K.H. Din Syamsuddin, MA
18 Februari 2014
27 Ogos 2015
Fait Accompli
Muhammadiyah
7
  K.H. Ma'ruf Amin
27 Ogos 2015
20 Oktober 2019

(Nonaktif)

9
Munas MUI IX

(2015)

[13]
NU

KonflikSunting

MUI adalah organisasi yang didanai pemerintah Indonesia yang bertindak secara "independen" atau bebas mandiri daripada campur tangan pemerintah tersebut. Namun dalam beberapa situasi, MUI diminta untuk menyokong dasar-dasar kemukaan pemerintah. Contoh dari keadaan ini (yang akhirnya menyebabkan gesekan dalam tubuh MUI sendiri) adalah permintaan pemerintah Indonesia agar MUI mendukung program kawalan kelahiran Keluarga Berencana kerana banyak kalangan tokoh agama berpengaruh dalam negara ini menolak beberapa aspek dari program ini.[14]

Fatwa-fatwa MUISunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Profil MUI". mui.or.id. 8 Mei 2009. Dicapai pada 5 Disember 2016. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ "MUI Partner Pemerintah Capai Kemaslahatan Umat". Republika Online. Dicapai pada 5 Disember 2016. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ Warsidi, Adi (6 Februari 2016). "MUI Fatwakan Gafatar Sesat, Begini Kata Ulama Aceh". Tempo Nasional. Dicapai pada 5 Disember 2016. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ "MUI Larang Wanita Bersuami Pajang Foto di Medsos". news.okezone.com. Dicapai pada 5 Disember 2016. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ “Islamic state or state Islam? Fifty years of state-Islam relations in Indonesia”, in: Ingrid Wessel (Hrsg.), Indonesien am Ende des 20. Jahrhunderts. Hamburg: Abera-Verlag, 1996, pp. 19-34.
  6. ^ Gillespie, P 2007, "Current Issues in Indonesian Islam: Analysing the 2005 Council of Indonesian Ulama Fatwa N0. 7" Journal of Islamic Studies Vol 18, No. 2 pp. 202-240.
  7. ^ Gillespie, P 2007, "Current Issues in Indonesian Islam: Analysing the 2005 Council of Indonesian Ulama Fatwa N0. 7" Journal of Islamic Studies Vol 18, No. 2 pp. 202-240.
  8. ^ Forest-burning is a sin, says Indonesian Islamic council, BBC News, 14 Sept 2016
  9. ^ Hafidhudin, Didin (6 September 2015). "Tujuh Tugas MUI untuk Mengawal Umat dan Bangsa". Republika Online. Dicapai pada 5 Disember 2016. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  10. ^ "Sejarah MUI: Daftar Ketua MUI". Majelis Ulama Indonesia. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  11. ^ "KH Sahal Mahfudz Terpilih Kembali Jadi Ketua Umum MUI 2005-2010". Nahdlatul Ulama. 29 Julai 2005. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  12. ^ "Inilah Susunan Pengurus MUI Periode 2010-2015". Nahi Mungkar. 28 Julai 2010. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  13. ^ Jajeli, Rois (27 Ogos 2015). "KH Ma'ruf Amin Terpilih sebagai Ketua Umum MUI Pusat 2015-2020". detikNews. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  14. ^ “Islamic state or state Islam? Fifty years of state-Islam relations in Indonesia”, in: Ingrid Wessel (Hrsg.), Indonesien am Ende des 20. Jahrhunderts. Hamburg: Abera-Verlag, 1996, pp. 19-34.

Pautan luarSunting