Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Tulisan Jawi: ; singkatan: MAIWP) ialah sebuah badan berkanun di Malaysia. MAIWP telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP juga bertanggungjawab kepada Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.
مجليس اڬام اسلام ولايه ڤرسكوتوان | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Februari 1974 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur |
Belanjawan tahunan | MYR 21,000,000 (2018) |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Laman sesawang | www |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sejarah
suntingPenubuhannya bertujuan membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung dengan hal ehwal agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 31 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :
“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”
Seksyen 4(1), Akta 505 pula menyatakan:-
“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan”, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara- perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”
Bidang kuasa MAIWP pula dijelaskan melalui Seksyen 31, Akta 505 yang menyatakan:
“Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah- Wilayah Persekutuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.”
MAIWP secara keseluruhan mengawasi kutipan dan pengagihan zakat, pembangunan masjid/surau, sekolah-sekolah agama, pembangunan tanah wakaf dan pesaka yang terletak hak kepada MAIWP, pengurusan nikah/cerai dan rujuk dan masalah kekeluargaan, penguatkuasaan undang-undang dan pembangunan sosial masyarakat Islam.
Objektif
sunting- Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah.
- Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah.
- Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam.
- Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.
Visi
suntingPeneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah
Misi
suntingMerealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh
Slogan
suntingMemacu Kegemilangan Ummah
Strategi
sunting- Menyediakan kemudahan pendidikan agama yang secukupnya bagi keperluan umat Islam.
- Menyediakan kemudahan tempat-tempat beribadat secukupnya bagi keperluan umat Islam.
- Meluas, meninggikan mutu perkhidmatan dan kebajikan agama.
- Memperluaskan kegiatan dakwah termasuk membantu dan memandu kegiatan badan-badan dakwah.
- Memperbanyak dan memajukan tanah-tanah wakaf.
- Mempertingkatkan kegiatan kutipan zakat.
- Menguatkuasakan segala aspek undang-undang pentadbiran agama Islam.
- Mempertingkatkan kegiatan ekonomi dalam bidang perniagaan, pembangunan dan pelaburan.
Perkhidmatan yang ditawarkan
sunting- Pengurusan Zakat
- Institusi Pendidikan
- Darul Hannan
- Tadika-tadika Islam
- Institut Kemahiran Baitulmal
- Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) Labuan
- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
- Pondok Moden Al-A'baqirah
- Maalim Sunan Li Dirasti Hadis
- Darul Ilmi
- Institusi Perlindungan
- Darul Kifayah
- Dar Assaadah
- Pengurusan Wakaf dan Sumber Am
- Wakaf
- Luqatah
- Kaffarah
- Fidyah
- Wang Tidak Patuh Syariah
- Nazar
- Pembangunan & Pelaburan
- Kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan
- Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang
- Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia MAIWP-Hospital Putrajaya
- Kedai Rakyat MAIWP
- Rumah Prihatin MAIWP-AADK
Pencapaian & Kejayaan
sunting- Menerima Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan MAIWP daripada Jabatan Audit Negara 10 tahun berturut-turut sejak 2006
- Menerima penarafan tertinggi 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan 3 tahun berturut-turut dari tahun 2011 hingga 2013
- Dinobatkan Jabatan Paling Berinovatif Jabatan Perdana Menteri 2 tahun berturut-turut bagi tahun 2014 dan 2015
- Menerima Anugerah Gold Award di International Convention on Quality Control Circle 2016 di Bangkok, Thailand bagi 2 projek inovasi
- Menerima Anugerah Pembangunan Hartanah Wakaf Terbaik 2009 di kalangan Majlis- Majlis Agama Islam Negeri bagi pembangunan projek wakaf Imarah Wakaf MAIWP, Jalan Perak
- Penerima Anugerah Institusi Agihan Zakat Terbaik 2012 Sempena Bulan Zakat Kebangsaan Tahun 2012
Bahagian / Unit
sunting- Baitulmal
- Pembangunan Insan
- Pembangunan dan Pelaburan
- Khidmat Pengurusan
- Kewangan
- Teknologi Maklumat
- Audit Dalam
- Undang-Undang
- Integriti
- MAIWP Cawangan Labuan
- MAIWP Cawangan Putrajaya
Anak syarikat / Yayasan
sunting- Pusat Pungutan Zakat -MAIWP
- Pusat Rawatan Islam Wilayah Persekutuan (PUSRAWI)
- Institut Profesional Baitulmal (IPB)
- Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI (PICOMS)
- MAIWP Dagang Sdn Bhd
- Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd
- Yayasan Taqwa