Majlis Bandaraya Ipoh
Majlis Bandaraya Ipoh merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Ipoh, Perak. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[2]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Majlis Bandaraya Ipoh | |
---|---|
Majlis Bandaraya Ipoh ஈப்போ மாநகராட்சி | |
![]() | |
![]() Bendera Majlis Bandaraya Ipoh | |
Jenis | |
Jenis | kerajaan tempatan bagi Ipoh |
Sejarah | |
Diasaskan | 1962 |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Ipoh |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud[1] sejak 1 April 2020 |
Setiausaha Bandaraya | Ahmad Munir Ishak sejak Tidak diketahui |
Struktur | |
Ahli | 24 |
![]() | |
Kumpulan politik | Ahli Majlis: |
Tempoh penggal | Julai 2018 - December 2019 |
Moto | |
Ipoh Bestari Sejahtera | |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Bangunan MBI Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia 4°35′55″N 101°05′24″E / 4.59866°N 101.08992°E | |
mbi | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting ![]() |
Latar belakang sunting
Majlis Bandaraya Ipoh merupakan bandaraya yang ketiga di Malaysia selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor.
Sejarah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) awalnya bermula dengan kewujudan Ipoh Sanitary Board pada tahun 1893 yang diasaskan oleh Sir Frank Swettenham, Residen British. Kemudian pada 31 Mei 1962, Ipoh diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Ipoh . Seterusnya, Ipoh secara rasminya mendapat status bandaraya pada 27 Mei 1988.
Bunga rasmi bagi Majlis Bandaraya Ipoh ialah bunga kertas.
Wakil Rakyat Bandar Raya Ipoh sunting
- Tambun (kawasan persekutuan) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- Manjoi (kawasan negeri) YB Tuan Hafez Sabri
- Hulu Kinta (kawasan negeri) YB Arafat Varisai
- Gopeng (kawasan persekutuan) YB Tan Kar Hing
- Sungai Rapat (kawasan negeri) YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ Profil Datuk Bandar
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987