Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) ditubuhkan bagi menjaga silaturrahim , merapatkan hubungan sesama bekas wakil rakyat di Malaysia. Presiden Mubarak terkini ialah Tan Sri Dato' Sri Dr Haji Abdul Aziz Rahman.

MUBARAK adalah singkatan nama kepada sebuah pertubuhan NGO yang bernama ”Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia”. Mubarak telah ditubuhkan pada 1998 dengan tujuan dan matlamat seperti berikut :

Menyumbang pandangan dan fikiran membina mengenai isu-isu semasa kepada kerajaan dan masyarakat.
Menjadi alat perhubungan antara bekas wakil rakyat dengan kerajaan demi perpaduan dan kepentingan bangsa dan negara.
Memberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan.
Menganjurkan seminar dan kursus untuk membangunkan modal insan.

Keahlian MUBARAK terdiri daripada bekas Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri dari semua komponen parti dalam Barisan Nasional. Mereka dikenali sebagai Bekas Wakil Rakyat. Mereka mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam bidang politik dan pentadbiran negara.

Mubarak banyak menerima nikmat pembangunan semasa ahli-ahlinya menjad wakil rakyat. Mubarak bersuara lantang apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mubarak sangat-sangatlah menyokong gagasan 1Malaysia, di samping menyatakan pendirian menyokong kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Mubarak akan bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) termasuk menyertai sesi-sesi penerangan dan latihan anjuran jabatan .itu.[1]

Rujukan sunting