Majlis Daerah Betong

Majlis Daerah Betong (bahasa Inggeris: Betong District Council) ialah pihak berkuasa tempatan yang di mana mentadbir pekan Betong dan kawasan yang berpenduduk di seluruh Daerah Betong dalam negeri Sarawak, Malaysia.

Majlis Daerah Betong
Betong District Council
Intisari agensi
Dibentuk1 Januari 1948; 76 tahun yang lalu (1948-01-01)
Bidang kuasa
Daerah Betong
Ibu pejabatBangunan Kubu Rentap, 95700 Betong, Sarawak.
1°24′52″N 111°32′17″E / 1.41442°N 111.53812°E / 1.41442; 111.53812Koordinat: 1°24′52″N 111°32′17″E / 1.41442°N 111.53812°E / 1.41442; 111.53812
Eksekutif Agensi
  • Sofhi Bin Jebal, Presiden
Laman sesawang
betongdc.sarawak.gov.my

Sejarah sunting

Majlis Daerah Betong ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 Januari 1948 yang juga merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan yang terawal yang ditubuhkan di Sarawak. Pada ketika itu, ia dikenali sebagai Saribas Dayak Local Authority dan pejabat pertamanya terletak sebuah bangunan kerajaan di Pun Embawang. Pengerusi pertama Majlis Daerah Betong adalah Temenggong Datuk Bernanrd Montegrai Anak Tugang.[1] Misi Majlis Daerah Betong ialah mewujudkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan pihak berkuasa tempatan yang cekap dan berkesan dengan memberikan keutamaan dan pencapaian prestasi yang berorientasikan pelanggan.[2]

Organisasi sunting

Majlis Daerah Betong dipimpin oleh seorang pegawai daerah iaitu, Sofhi bin Jebal.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Latar Belakang". Majlis Daerah Betong. Dicapai pada 2021-10-10.
  2. ^ "Visi dan Misi". Majlis Daerah Betong. Dicapai pada 2021-10-10.
  3. ^ "Carta Organisasi". Majlis Daerah Betong. Dicapai pada 2021-10-10.

Pautan luar sunting