Majlis Daerah Labis

Majlis Daerah Labis (MDL) ialah salah satu pihak berkuasa tempatan di daerah Segamat, Johor selain Majlis Daerah Segamat.

Majlis Daerah Labis
مجليس دايره لابيس

MDL
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
Herman Raban
Tempat persidangan
Majlis Daerah Labis
85300 Labis, Segamat,
Johor Darul Ta'zim
07-925 1781
Laman sesawang
www.mdlabis.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Majlis Daerah Labis (MDL) telah ditubuhkan pada 1 September 1979 di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Akta 171. Penubuhan ini telah diwartakan pada 9 Oktober 1980 melalui JPU 26 Jilid 24 No. 21 sebagaimana berikut :

  • Keluasan kawasan sebagaimana ditunjukkan melalui Pelan Warta (PW) 1265 seluas 47.26 batu persegi iaitu 122.4 km persegi atau 12,240 hektar.
  • Tarikh pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Akta 171 adalah serentak dengan tarikh penubuhan MDSS iaitu pada 1 September 1979.
  • Pemakaian Akta ini adalah selaras dengan kehendak seksyen 2 (1) Akta yang sama dan telah diwartakan pada 30 Ogos 1979 melalui Warta Kerajaan JPU 68.
  • Majlis pelancaran penubuhan MDL ini telah dilakukan oleh wakil Menteri Besar Johor pada 29 Disember 1976 bertempat di Dewan Jubli Intan Segamat.

MDL pada asalnya terdiri daripada 5 majlis tempatan:

Kesemua Majlis Tempatan ini telah dicantumkan pada 1 Januari 1977 di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara) 1973 – Akta 124. Percantuman atau penyatuan ini telah diwartakan melalui Warta Kerajaan JPU 23 dan JPU 24. Satu Lembaga Pengurus telah dilantik bagi mentadbir kesemua Majlis Tempatan yang telah dicantumkan ini. Cantuman majlis-majlis tempatan ini dikenali dengan nama Majlis Daerah Labis. Percantuman ini dilakukan secara pentadbiran sahaja.

Ia telah diurus oleh satu Lembaga Pengurus. Pewartaan di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah membenarkan MDL mencantumkan kesemua kawasannya dari segi fizikal pula iaitu dengan mengambil kira kawasan 1/2 batu (40 rantai) atau 0.8km daripada kiri kanan jalan utama sebagai MDL sebagaimana yang telah ditunjukkan melalui Pelan Warta 1265.

Pada masa yg sama MDL telah melebarkan perluasannya dengan menambah dua lagi dengan memasukkan kawasan Tenang Station dan Sawah Padi menjadikan 7 kawasan semuanya iaitu :

Rujukan sunting

Pautan luar sunting