Majlis Perbandaran Segamat

(Dilencongkan dari Majlis Daerah Segamat)

Majlis Perbandaran Segamat (MPS) ialah salah satu pihak berkuasa tempatan di daerah Segamat, Johor selain Majlis Daerah Labis. MPS merupakan sebuah penguasa tempatan dalam negeri Johor berautonomi sendiri yang mempunyai luas kawasan 103.55 batu persegi dan bilangan penduduk seramai 92,000 orang mengikut bancian pada tahun 1991. Kadar pertambahan penduduk adalah 1.8 peratus.

Majlis Perbandaran Segamat
مجليس دايره سڬامت
Majlis Perbandaran Segamat
MPS
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
YM Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria
Moto
Khidmat Untuk Rakyat
Tempat persidangan
No 1, Jalan Abdullah,
85000 Segamat,
Johor Darul Ta'zim
+607-9314455
Laman sesawang
mpsegamat.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

 
Logo Majlis Daerah Segamat.

Majlis Perbandaran Segamat pada asalnya adalah sebuah lembaga bandaran yang ditubuhkan pada tahun 1912. Ia kemudiannya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran pada tahun 1951 dengan berkuatkuasanya Ordinan Pilihanraya Penguasa Tempatan 1950 hingga 31 Disember 1970.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 ia menjadi dan dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara, manakala pada tahun 2001 namanya bertukar kepada Majlis Daerah Segamat. Kemudian, pada 1 Januari 2018, ia dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Segamat.[1]

Pentadbiran sunting

 
Pusat Kecil Jementah

Semasa dalam Majlis Bandaran, pentadbirannya terdiri daripada 9 orang yang dipilih melalui pilihan raya, 7 orang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri termasuk 4 orang ahli Ex-Officio yang terdiri daripada Pegawai Pentadbir Daerah Segamat, Jurutera Jabatan Kerja Raya, Pegawai Kesihatan Johor Utara, Muar dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh, Johor Utara, Muar.

Pada masa kini Majlis Daerah Segamat ditadbir oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat dengan 24 Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan 5 orang ahli Ex-Officio yang terdiri daripada Pentadbir Tanah Segamat, Jurutera Jabatan Kerja Raya, Pegawai Kesihatan Segamat, Pegawai Bomba Segamat dan Ketua Polis Segamat.

Majlis Daerah Segamat terdiri daripada :-

  • Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Segamat, Segamat (Pusat Pentadbiran)
  • Pusat Kecil Bukit Siput
  • Pusat Kecil Kg. Tengah
  • Pusat Kecil Pekan Jabi
  • Pusat Kecil Buloh Kasap
  • Pusat Kecil Batu Anam
  • Pusat Kecil Gemas Baru
  • Pusat Kecil Jementah

Rujukan sunting

  1. ^ "4. Malam Pengisytiharan Majlis Perbandaran Segamat
    31 Disember 2017
    8.00 malam
    Dataran Segamat"
    . Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-24. Dicapai pada 2010-08-20.

Pautan luar sunting