Majlis Daerah Tampin

Majlis Daerah Tampin (MDT) merupakan kerajaan tempatan di Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. Majlis daerah ini ditubuhkan pada 1 Julai 1980. Kawasan di daerah ini meliputi pekan seperti Gemas, Gemencheh, Air Kuning Selatan dan lain-lain. Pejabat daerah ini terletak di Bandar Tampin.