Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) berperanan membantu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggalakkan kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh 3 tahun. Presidennya dilantik oleh Majlis sendiri untuk tempoh satu tahun. ECOSOC bermesyuarat sekali setahun pada bulan Julai selama 4 minggu. Sejak 1998, Majlis ini mengadakan satu lagi mesyuarat pada setiap bulan April dengan ahli-ahli jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). ECOSOC berfungsi mengumpulkan maklumat, memberi nasihat serta syor kepada negara-negara ahli. Namun, ECOSOC berperanan besar dalam menyeragamkan dasar-dasar dan mengkoordinasikan fungsi-fungsi badan PBB yang bertindih.
Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | |
---|---|
![]() | |
Bilik Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat PBB, Kota New York, New York, A.S | |
Singkatan | ECOSOC CESNU |
Pembentukan | 1945 |
Jenis | Organ utama |
Status perundangan | Aktif |
Ketua | Presiden ECOSOC Setakat 29 Julai 2017[kemas kini]: Marie Chatardová[1] |
Laman web rasmi | www.un.org/en/ecosoc |
Suruhanjaya berfungsiSunting
- Suruhanjaya Pembangunan Sosial PBB
- Suruhanjaya Dadah Narkotik PBB
- Suruhanjaya Pencegah Jenayah dan Keadilan
- Suruhanjaya Sains dan Teknologi untuk Pembangunan
- Suruhanjaya Pembangunan Mantap
- Suruhanjaya Status Wanita PBB
- Suruhanjaya Populasi dan Pembangunan
- Suruhanjaya Statistik PBB
- Forum Hutan PBB
AgensiSunting
- Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
- Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
- Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
- Bank Dunia
- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
- Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
- Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)
- Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
- Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
- Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO)
- Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
- Tabung Pembangunan Pertanian Antarbangsa
- Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
- Pertubuhan Pembangunan Industri PBB (UNIDO)
- Program Pembangunan PBB (UNDP)
- Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB)
RujukanSunting
- ^ "ECOSOC: President: Welcome". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 18 Ogos 2015.