Upacara Fil Marsyal 1940

(Dilencongkan dari Majlis Fil Marsyal 1940)

Upacara Fil Marsyal 1940 merujuk kepada satu majlis pemakaian pangkat yang berlangsung di Balai Opera Kroll, Berlin di mana Adolf Hitler menaikkan dua belas orang Jeneral ke pangkat Generalfeldmarschall ("Fil Marsyal") pada 19 Julai 1940. Ia adalah upacara pertama dalam Perang Dunia II apabila Hitler melantik para field marshal disebabkan pencapaian tenteranya.

Hitler bergambar dengan para Fil Marsyalnya di upacara tersebut. Hermann Göring memakai uniform putih

Pangkat berprestij field marshal ini telahpun diharamkan selepas Perang Dunia I. Sebagai sebahagian daripada pembesaran tentera Nazi, pangkat ini telah dihidupkan semula. Hitler menaikkan pangkat dua belas orang jeneral terpilih ke field marshal semasa majlis tersebut di Berlin kerana peranan mereka didalam kemenangan pantas ke atas Perancis dan Negeri-Negeri Pamah dan untuk menaikkan semangat. Majlis ini menunjukkan kuasa dan prestij Wehrmacht; Perancis dianggap mempunyai tentera darat terkuat di Eropah, namun telah dimalukan dengan kekalahan dalam masa hanya 6 minggu.

Majlis tersebut merupakan kali pertama Hitler melantik field marshal disebabkan pencapaian tentera dan telah diraikan secara besar-besaran.

Fil marsyal sunting

 
Baton yang penuh dengan hiasan menjadi trademark seorang field marshal Jerman.

Selepas Perang Dunia I, pangkat fil marsyal yang berprestij dan dihormati ini telah diharamkan, disamping sekatan tentera lain yang dikenakan ke atas Republik Weimar yang baru ditubuhkan. Selepas Hitler dan Nazi berkuasa pada Januari 1933, mereka memulakan satu program pembesaran tentera; ia adalah sebahagian daripada hasrat Hitler untuk mengembalikan kuasa dan prestij bala tenteranya.[1] Pada tahun 1936, beliau mengembalikan semula pangkat field marshal. Ia merupakan pangkat tentera tertinggi dan paling berprestij di Jerman, pada asalnya hanya untuk penggunaan Menteri Perang dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.[2] Sifat tradisional yang membezakan field marshal Jerman adalah baton yang penuh dengan hiasan.[3] Kelebihan lain yang menguntungkan termasuklah gaji tahunan sebanyak 36,000 Reichsmarks dan semua pendapatan dikecualikan dari cukai.[4]

Majlis pemakaian pangkat sunting

 
Insignia pelapik kolar Generalfeldmarschall
 
Epaulet berserta baton bersilang Generalfeldmarschall

Gembira dengan penuh semangat oleh kekalahan pantas tentera Perancis, yang dianggap terkuat di Eropah,[5] dan Negara-negara Pamah pada Jun 1940, Hitler mahu menandakan upacara itu dengan satu majlis pemakaian pangkat besar-besaran.[6] Beliau juga berharap kenaikkan pangkat itu akan mengukuhkan pengaruhnya ke atas Staf Am Jerman.[7] Dua belas orang jeneral yang dipilih untuk kenaikkan pangkat, kesemuanya memainkan peranan penting dalam kemenangan, ialah:

[9]

[11]

Selain itu, Field Marshal Hermann Göring, ketua Luftwaffe, telah dinaikkan ke pangkat khas Marsyal Empayar, pangkat baru yang diwujudkan untuk menjadikan Göring pegawai paling kanan dalam Angkatan Tentera Jerman dan juga mengesahkan perintah Hitler yang menamakan Göring sebagai penggantinya. Ini adalah satu-satunya pangkat yang dikurniakan semasa era Nazi, dan dimansuhkan selepas kejatuhan rejim Nazi. [20] [21]

Pada 19 Julai 1940, Hitler memanggil para jeneral ke satu majlis di Balai Opera Kroll Berlin (yang menempatkan Reichstag selepas Reichstag terbakar).[22][23][6] Selepas satu ucapan mengenai cadangan perdamaian yang ditujukan pada Britain, Hitler sendiri menganugerahkan jeneralnya dengan baton yang dihias mahal,[22][3] dan berterima kasih kepada sumbangan mereka di atas kemenangan besar ini.[24][25][a]

Majlis Field Marshal 1940 merupakan upacara pertama Hitler melantik field marshal atas pencapaian tentera dan telah diraikan secara besar-besaran di Jerman.[6][26] Baki lima tahun peperangan menyaksikan pertambahan dua belas kenaikkan pangkat, kebanyakkannya tanpa majlis seumpama ini, seperti kenaikkan pangkat Friedrich Paulus, yang telah dianugerahkan melalui radio oleh Hitler.[27][8][b]

Kesudahannya sunting

Kesemua fil marsyal terus menerus mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka semasa tahun-tahun awal kemenangan yang diperolehi tentera Jerman didalam Perang Dunia Kedua. Brauchitsch, Bock, Kesselring, Keitel, Leeb, List, Reichenau, Rundstedt, dan Göring akan memainkan peranan penting didalam pencerobohan tentera Paksi ke atas Soviet Union pimpinan Jerman pada tahun 1941.[28] Sperrle menghabiskan keseluruhan perang dengan sebahagian persaraan, ditempatkan bersama unitnya di Perancis.[19] Milch telah dipindahkan ke jabatan pengeluaran dan bertanggungjawab bagi pengeluaran kapal terbang sehingga pengakhiran perang. Pada tahun 1943, selepas satu siri kekalahan Jerman di Barisan Timur, dan pencerobohan tentera Bersekutu di Itali, pihak tentera Jerman kehilangan semua inisiatif.[5] Kepimpinan Hitler semakin terputus daripada realiti apabila perang berpaling menentang Jerman, dengan strategi pertahanan tentera kerap terhalang oleh keputusan yang lambat dan kekerapan arahan untuk mempertahankan posisi yang sia-sia.[5] Tindakannya terhadap situasi perang yang semakin buruk ialah memecat secara membuta tuli seorang demi seorang jeneral, satu rutin yang akhirnya memberi kesan kepada field marshal yang dilantik pada majlis tersebut.[5] Erwin von Witzleben dan Günther von Kluge kedua-duanya terlibat didalam Plot 20 Julai untuk membunuh Hitler. Selepas percubaan itu jelas gagal, Kluge membunuh diri dengan menelan racun sianida pada 17 Ogos 1944.[14] Witzleben, yang menjadi Panglima Tertinggi Wehrmacht jika percubaan itu berjaya, telah ditangkap dan dihukum mati; hukuman mati telah dijalankan pada 8 Ogos 1944.[29]

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Hermann Göring had already been promoted field marshal in 1938 and was instead promoted to Reichsmarschall, and was the only one to have held this rank.[30]
  2. ^ In deciding to promote Paulus during the Battle of Stalingrad, Hitler noted that there was no known record of a Prussian or German field marshal ever having surrendered. The implication was clear: Paulus was to commit suicide. If Paulus surrendered, Hitler implied he would shame Germany's military history. Paulus, nevertheless, surrendered to Soviet forces on 31 January 1943, the day after he was promoted.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Weinberg 1970, m/s. 26–27.
  2. ^ Hakim 1995, m/s. 100–104.
  3. ^ a b Alford 2003, m/s. 66–67.
  4. ^ Snyder 1994, m/s. 111.
  5. ^ a b c d Rees 2012.
  6. ^ a b c Mitcham 2009, m/s. 24.
  7. ^ Snyder 1994, m/s. 111–112.
  8. ^ a b c Snyder 1994, m/s. 112.
  9. ^ Sandler 2002, m/s. 455.
  10. ^ Mackenzie 2014, m/s. 17.
  11. ^ Turney 1971, m/s. 6.
  12. ^ Shirer 1960, m/s. 647.
  13. ^ Williamson 2006, m/s. 28.
  14. ^ a b Moczarski 1981, m/s. 226–234.
  15. ^ Mitcham 2009a, m/s. 1–2.
  16. ^ Biesinger 2006, m/s. 619.
  17. ^ Snyder 1994, m/s. 229.
  18. ^ Kesselring 1970, m/s. 55.
  19. ^ a b Williamson 2006, m/s. 46.
  20. ^ Rise and Fall of the Third Reich, by William L. Shirer. Published 1960.
  21. ^ Manvell 2011, m/s. 245.
  22. ^ a b Deighton 2008, m/s. 7–9.
  23. ^ Evans 2008, m/s. 122–123.
  24. ^ Dear & Foot 2005, m/s. 322.
  25. ^ Ellis 1993, m/s. 94.
  26. ^ Tague 2011, m/s. 150.
  27. ^ Beevor 1998, m/s. 381.
  28. ^ Grazhdan 2011.
  29. ^ Snyder 1994, m/s. 382.
  30. ^ Fellgiebel 2000, m/s. 198.

Sumber sunting

  • Alford, Kenneth D. (2003). Nazi Plunder: Great Treasure Stories Of World War II. Da Capo Press. ISBN 978-0306812415.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Beevor, Antony (1998). Stalingrad: The Fateful Siege, 1942–43. Viking Press. ISBN 978-0-670-87095-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Biesinger, Joseph A. (2006). Germany: A Reference Guide from the Renaissance to the Present. Facts on File. ISBN 978-0816045211.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Dear, I.C.B.; Foot, M.R.D., penyunting (2005) [1995]. The Oxford Companion to World War II. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280666-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Deighton, Len (2008). Fighter: The True Story of the Battle of Britain. Random House. ISBN 978-1-84595-106-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ellis, John (1993). World War II Databook: The Essential Facts and Figures for All the Combatants. Aurum. ISBN 1-85410-254-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Evans, Richard J. (2008). The Third Reich At War. Penguin Group. ISBN 978-0-14-311671-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Forczyk, Robert (2010). Manstein: Leadership – Strategy – Conflict. Osprey. ISBN 978-1-84603-221-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Trager Des Ritterkreuzes Des Eisernen Kreuzes, 1939–1945. Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hakim, Joy (1995). A History of Us: War, Peace and all that Jazz. Oxford University Press. ISBN 0-19-509514-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kesselring, Albert (1970). A Soldier's Record. Greenwood Press. ISBN 0-8371-2975-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Knopp, Guido (1998). Hitler's Warriors: Manstein The Strategist. ZDF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 23 July 2014.
  • Grazhdan, Anna (2011). Soviet Storm: World War II in the East. Channel One Russia. Retrieved 7 November 2014.
  • Rees, Laurence (2012). The Dark Charisma of Adolf Hitler. BBC. Dicapai pada 30 June 2014.
  • Manvell, Roger (2011) [1962]. Goering. Skyhorse. ISBN 978-1-61608-109-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mackenzie, Simon P. (2014). The Second World War in Europe: Second Edition. Routledge Publishing. ISBN 978-1317864714.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Melvin, Mungo (2010). Manstein: Hitler's Greatest General. Weidenfeld & Nicholson. ISBN 978-0-297-84561-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mitcham, Samuel Jr. (2009). Men of Barbarossa – Battles and Leaders of the German Invasion of Russia, 1941. Casemate Books. ISBN 978-193-514-9156.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Moczarski, Kazimierz (1981). Conversations With an Executioner. Prentice-Hall. ISBN 0-13-171918-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mitcham, Samuel Jr. (2009a). Defenders of Fortress Europe: The Untold Story of the German Officers During the Allied Invasion. Potomac Books Inc. ISBN 978-1597972741.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Sandler, Stanley (2002). Ground Warfare: An International Encyclopedia, Bind 1. ABC-Clio. ISBN 978-1576073445.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Shirer, William L. (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-62420-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Snyder, Louis (1994) [1976]. Encyclopedia of the Third Reich. Da Capo Press. ISBN 978-1-56924-917-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Turney, Alfred W. (1971). Disaster at Moscow: von Bock's Campaigns 1941–42. Cassell & Co. ISBN 0-826-3-01-673.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Tague, James E. (2011). The Last Field Marshal. Author Solutions. ISBN 978-145-683-185-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Williamson, Gordon (2006). German Commanders of World War II. Osprey Publishing. ISBN 1-84176-597-X.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Weinberg, Gerhard (1970). The Foreign Policy of Hitler's Germany Diplomatic Revolution in Europe 1933–36. University of Chicago. ISBN 978-0-226-88509-4.CS1 maint: ref=harv (link)