Majlis Gerakan Negara

badan pentadbiran Malaysia selain Parlimen

Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei selepas sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung. Perisytiharan Darurat telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149.

Majlis Gerakan Negara
Jata MalaysiaV2.svg
Jata negara Malaysia
KependekanMAGERAN
PenggantiMajlis Keselamatan Negara
Ditubuhkan16 Mei 1969 (1969-05-16)
Dibubarkan23 Februari 1971; 50 tahun yang lalu (1971-02-23)
TujuanMengambil alih secara sementara urusan pentadbiran kerajaan Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur
ProdukMajlis Perundingan Negara
Rukun Negara
Orang penting
Organisasi utama
Kerajaan Malaysia
 

MAGERAN diberi kuasa menjalankan urusan-urusan bermula daripada 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. MAGERAN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.[1] Semasa pentadbirannya, MAGERAN telah membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini. MAGERAN dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Anggota MajlisSunting

Berikut merupakan senarai anggota Majlis Gerakan Negara 1969-1971[2][3].

# Jawatan Nama Catatan
1 Pengerusi Tun Abdul Razak Hussein[4] Timbalan Perdana Menteri
2 Anggota Majlis Tun Dr. Ismail Abdul Rahman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
3 Tun Tan Siew Sin Menteri Kewangan
4 Tun V.T. Sambanthan Menteri Kerja raya, Pos dan Telekom
5 Hamzah Dato' Abu Samah Pemangku Menteri Penerangan dan Penyiaran
6 Jeneral Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
7 Tan Sri Mohamed Salleh Ismael Ketua Polis Negara
8 Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin Pengarah Perkhidmatan Awam
9 Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie Setiausaha Tetap Kementerian Luar
10 Ketua Pegawai Kerja Lt. Jeneral Dato' Ibrahim bin Ismail Pengarah Gerakan Malaysia Barat, Angkatan Tentera Malaysia
11 Pembantu Ketua Pegawai Kerja Abdul Rahman Hamidon Pembantu Setiausaha Kementerian Pertahanan
12 Lt Kolonel Mohamad Ghazali Che Mat Angkatan Tentera
13 Supt Mohammed Hanif Omar Polis Diraja
14 Mohamad Yusof Abdul Rashid Pejabat Peguam Negara
15 Kol. K. C. Chan Jar

RujukanSunting

  1. ^ "PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL" (PDF). 12 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Mei 2005. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  2. ^ "Siew Sin bersama Sambanthan dalam Majlis Gerakan Negara". Berita Harian. 19 Mei 1969. m/s. 3. Dicapai pada 30 Jun 2021 – melalui NewspaperSG.
  3. ^ "Pegawai2 kanan di-lantek". Berita Harian. 21 Mei 1969. m/s. 5. Dicapai pada 30 Jun 2021 – melalui NewspaperSG.
  4. ^ John Slimming (1969). The Death of a Democracy. John Murray Publishers Ltd. m/s. 82. ISBN 978-0719520457. Appendix B