Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Sebagai perbandingan dengan Kerajaan Persekutuan, fungsinya serupa dengan barisan Badan eksekutif (Kabinet). Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri.
Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sarawak dan Sabah, barisan ini dipanggil kabinet negeri.
Senarai Majlis Mesyuarat Kerajaan NegeriSunting
Majlis Mesyuarat Kerajaan | Pengerusi Majlis (Menteri Besar/Ketua Menteri) |
---|---|
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perlis | YAB Dato' Seri Azlan Man |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah | YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Pulau Pinang | YAB Tuan Chow Kon Yeow |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Perak | YAB Dato' Saarani Mohamad |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor | YAB Dato' Seri Amirudin Shari |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Negeri Sembilan | YAB Dato' Seri Aminuddin Harun |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Melaka | YAB Datuk Sulaiman Mohd Ali |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor | YAB Datuk Ir. Hasni Mohammad |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Pahang | YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Terengganu | YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar |
Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kelantan | YAB Dato' Ahmad Yakob |
Kabinet Negeri Sabah | YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor |
Kabinet Negeri Sarawak | YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg |