Majlis Olimpik Malaysia

badan induk untuk sukan Olimpik di Malaysia

Majlis Olimpik Malaysia atau MOM, (Bahasa Inggeris: Olympic Council of Malaysia, kod IOC: MAS) adalah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mewakili Malaysia. Badan induk ini juga bertanggungjawab untuk perwakilan Malaysia di Sukan Komanwel.[1]

Majlis Olimpik Malaysia
Olympic Council of Malaysia
Negara/Rantau Malaysia
KodMAS
Dicipta1953
Diiktiraf1954
Persatuan
Kontinental
OCA
Ibu pejabatKuala Lumpur
PresidenMohamad Norza Zakaria
Setiausaha AgungNazifuddin Najib
Laman webolympic.org.my

Sejarah sunting

Badan induk ini ditubuhkan pada 1953 sebagai Majlis Olimpik Persekutuan Tanah Melayu (FMOC). FMOC mendapat pengiktirafannya sebagai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu pada Mei 1954. Pada 16 September 1963, Singapura dan jajahan mahkota British di Borneo Utara dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Pada 5 Mei 1964, Majlis Olimpik dan Sukan Singapura, Jawatankuasa Sukan Olimpik Sarawak dan Jawatankuasa Olimpik Sabah dan FMOC digabungkan untuk membentuk Majlis Olimpik Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah keluar dari menjadi sebahagian daripada Malaysia dan menubuhkan semula Jawatankuasa Olimpik Kebangsaanya sendiri.[2]

Senarai Presiden sunting

  1. E. M. McDonald[4]
  2. Henry Lee Hau Shik
  3. Abdul Razak Hussein
  4. 1976–1998: Hamzah Abu Samah
  5. 198.- 198;
  6. Sebelum 1998: ?
  7. 1998-2018: Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar
  8. 2018-Kini: Mohamad Norza Zakaria

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia at the Commonwealth Games" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sukan Komanwel. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 18 November 2012.
  2. ^ "History of the Olympic Council of Malaysia 1953 to 1998" (dalam bahasa Inggeris). Majlis Olimpik Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 25 November 2012.

Pautan luar sunting