Majlis Pembangunan Masyarakat

Majlis Pembangunan Masyarakat (Inggeris: Community Development Council; Cina: 社区发展理事会; Bahasa Tamil: சமூக மேம்பாட்டு மன்றம், singkatan: CDC) adalah suatu program yang dilaksanakan oleh pemerintah Republik Singapura bagi mengurus organisasi akar umbi dan program masyarakat ke dalam unit-unit tempatan yang lebih kecil di negara pulau tersebut sebagai suatu jambatan antara pemerintah dan masyarakat setempat. Rancangan ini dilaksanakan dengan tujuan mendorong semangat kesukarelaan daripada masyarakat yang lebih luas, serta menganjurkan program bantuan masyarakat dan sosial dengan bantuan geran kewangan daripada pihak pemerintah. Majlis ini diatur oleh Peraturan Majlis Pembangunan Masyarakat 1997.

Pembahagian kawasan Majlis Pembangunan Masyarakat.

OrganisasiSunting

Pada masa ini terdapat ada lima CDC iaitu:

Sempadan-sempadan majlis ini mengikut pembahagian politik sedia ada, dengan masing-masing mengendalikan di antara empat hingga enam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan Kawasan Undi Perseorangan (SMC), dan secara kasar membahagikan jumlah penduduk negara kepada bahagian yang sama. Setiap CDC diuruskan oleh sebuah majlis, yang secara bergilir dipimpin oleh seorang datuk bandar dan mempunyai antara 12 hingga 80 orang anggota. Anggota-anggota ini dilantik oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat.

PendanaanSunting

CDC dibiayai oleh dana tahunan dari pemerintah secara berkadar terus dengan bilangan penduduk yang tinggal di dalam kawasan bidang kuasa majlis dengan kadar SGD1 bagi setiap orang. Mereka bebas untuk melakukan program pendanaan mereka sendiri, di mana Pemerintah Singapura akan menambah S$3 untuk setiap S$1 yang dikumpulkan, sehingga batas S$40 juta setahun dari tahun kewangan 2018.[1] Sebelumnya, batasnya adalah S$24 juta setahun. Pihak pemerintah juga membayar biaya pengendalian majlis, termasuk biaya untuk pejabatnya.

RujukanSunting

  1. ^ Theresa Tan (19 Februari 2018). "Singapore Budget 2018: Tax deduction scheme extended to promote the spirit of giving" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 19 Julai 2020.[arkib]

Pautan luarSunting