Majlis Pemulihan Negara
Majlis Pemulihan Negara adalah sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]
مجليس ڤموليهن نڬارا | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 21 Julai 2021 |
Dibubarkan | 21 Disember 2022 |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | pelanpemulihannegara |
Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian. Selain daripada itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.
Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.[2]
Sejarah
suntingMajlis ini telah dicadangkan oleh Mahathir Mohamad bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 ini dan mencadangkan dirinya untuk menjadi Pengerusi.[3] Namun, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan, majlis ini akan dipengerusikan oleh beliau selaku bekas Perdana Menteri.
Setelah Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 lalu, beliau sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.[4] Beliau kemudiannya menerima tanggungjawab tersebut dan menyatakan menerimanya secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.[5]. Pada 21 Disember 2022, Perdana menteri ke 10, Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Majlis Pemulihan Negara dibubarkan berkuatkuasa 21 Disember 2022. [6]
Keanggotaan
suntingSenarai keanggotaan
Nama | Jawatan |
---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | Pengerusi bertaraf Menteri / Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 |
Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz | Menteri Kewangan |
Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin | Menteri Kanan Pendidikan |
Dato' Sri Fadillah Yusof | Menteri Kanan Kerja Raya |
Khairy Jamaluddin Abu Bakar | Menteri Kesihatan |
Tan Sri Bernard Giluk Dompok | Wakil Pakatan Harapan dari UPKO |
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad | Wakil Pakatan Harapan dari AMANAH |
Chong Chieng Jen | Wakil Pakatan Harapan dari DAP |
Wong Chen | Wakil Pakatan Harapan dari PKR |
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop | Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah |
Tan Sri Azman Mokhtar | Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia |
Tan Sri Anthony Francis Fernandes | Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia |
Datuk Seri Wong Chun Wai | Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad |
Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim | Fellow Kanan Institut Masa Depan Malaysia |
Datuk Michael Kang Hua Keong | Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana |
Prof. Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman | Profesor Perubatan dan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya |
Dato' Dr. Hartini Zainudin | Pengarah Yayasan Siti Sapura Husin |
Dr. Sivakumar Thurairajasingam | Profesor Psikiatri dan Perubatan Psikologi Universiti Monash |
Tan Sri Dato' Sri Dr. Sulaiman Mahbob | Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara |
Galeri
sunting-
Duta Amerika Syarikat Brian McFeeters mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin
-
Duta Amerika Syarikat Brian McFeeters bergambar kenangan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin
-
Pertemuan antara empat mata membincangkan peranan dua negara dalam pemulihan dari wabak COVID-19
Rujukan
sunting- ^ PM pengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara bersama pakar pelbagai bidang
- ^ Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara - KSN
- ^ Tun M cadang tubuh Majlis Pemulihan Negara
- ^ Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri - KSN
- ^ Tan Sri Muhyiddin terima jawatan Pengerusi MPN tanpa imbuhan
- ^ Majlis Pemulihan Negara dibubarkan