Majlis Pengurusan Komuniti Kampung

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung atau MPKK merupakan sebuah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia bagi mengurus pembangunan dan pengurusan kampung. Ia merupakan penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK[1]

Latar Belakang sunting

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Jun 2018 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) agar JKKK distrukturkan semula bagi memastikan ianya akan menjadi institusi yang lebih efektif dan efisien di dalam pembangunan kampung. Antara penstrukturan semula yang terlibat adalah seperti nama baharu JKKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kuasa perlantikan oleh pihak Kerajaan Negeri, tatacara pengurusan dan latihan kepimpinan MPKK oleh KPLB, keanggotaan MPKK sekurang-kurangnya 30% adalah wanita dan penetapan kadar baharu elaun[2].

Fungsi Utama sunting

Fungsi utama MPKK adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek/ program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. MPKK juga adalah merupakan perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.[2]

Rujukan sunting