Majlis Peralihan Kebangsaan
Majlis Peralihan Kebangsaan (Arab: المجلس الوطني الإنتقالي al-majlis al-waṭanī al-intiqālī atau kependekannya NTC) merupakan kerajaan de facto Libya bagi tempoh semasa dan selepas perang saudara pada tahun 2011 di mana kerajaan ini merupakan antara kuasa yang ingin menjatuhkan kerajaan Jamahiriya Kolonel Muammar Gaddafi. Majlis ini mentadbir negara Libya selama 10 bulan selepas peperangan dan mengadakan pilihan raya untuk Kongres Kebangsaan Am pada 7 Julai 2012 serta menyerahkan kuasa kepada ahli Kongres yang baharu dipilih pada 8 Julai 2011.[2]
![]() | |
Kependekan | NTC |
---|---|
Pendahulu | Kongres Rakyat Am Jamahiriya Arab Libya |
Pengganti | Kongres Kebangsaan Am Libya |
Pembentukan | 27 Februari 2011 |
Dibubarkan | 8 Ogos 2012 [1] |
Jenis | Kerajaan sementara |
Tujuan | Demokrasi atau perhimpunan secara berunding |
Ibu pejabat | Tripoli |
Lokasi | |
Bahasa rasmi | Arab |
Pengerusi | Mustafa Abdul Jalil |
Timbalan Pengerusi | Mustafa Honi |
Perdana Menteri | Abdurrahim El-Keib Mahmoud Jibril |
Laman sesawang | www |
Pembentukan Majlis Peralihan Kebangsaan diumumkan di Benghazi pada 27 Februari 2012 bertujuan untuk bertindak sebagai "wajah revolusi dalam siasah". Pada 5 Mac 2011, majlis ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengisytiharkan bahawa majlis ini sebagai "satu-satunya badan sah yang mewakili Libya dan rakyatnya".[3][4] Sebuah lembaga eksekutif yang dipengerusikan oleh Mahmoud Jibril telah dibentuk oleh NTC pada 23 Mac 2011 selepas berhimpun secara de facto sebagai "pasukan eksekutif" sejak 5 Mac 2011. NTC mengeluarkan Pengisytiharan Perlembagaan pada Ogos 2011 dimana ia ditubuhkan bagi menjalankan peralihan negara kepada demokrasi berperlembagaan dengan kerajaan yang dipilih.
RujukanSunting
- ^ Cousins, Michel (24 Julai 2012), "National Congress to meet on 8 August: NTC", Libya Herald, dicapai pada 26 Julai 2012
- ^ "Libya's transitional rulers hand over power". Boston.com. Dicapai pada 8 Ogos 2012. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Ferocious Battles in Libya as National Council Meets for First Time". NewsCore (melalui news.com.au). 6 Mac 2011. Dicapai pada 6 Mac 2011.
- ^ The Interim Transitional National Council Decree 3. 5 Mac 2011.
Pautan luarSunting
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: France first to recognise Libyan rebels as "legitimate representatives of the people" |
- Lama sesawang rasmi NTC (Arab)
- Laman sesawang rasmi misi Libya ke PBB
- Laman sesawang rasmi pejabat perwakilan majlis di Amerika Syarikat
- Laman sesawang rasmi Pembiayaan Sementara Majlis
Rencana berkaitan Afrika ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |