Majlis Perbandaran Alor Gajah

Majlis Perbandaran Alor Gajah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau kerajaan tempatan yang berorientasikan perkhidmatan rakyat merupakan penggerak utama di dalam menjadikan Alor Gajah sebagai daerah yang maju dan indah.

Majlis Perbandaran Alor Gajah
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Julai 1978
Kepimpinan
Tempat persidangan
Bangunan MPAG, Alor Gajah, Malacca
www.mpag.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978. Penyusunan semula ini meliputi seluruh daerah Alor Gajah. Seterusnya Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. Majlis Perbandaran Alor Gajah kini adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk di daerah Alor Gajah dengan :

  • Memperbaiki dan menaikkan taraf kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan secara am.
  • Menggalakkan penglibatan penduduk dan sektor swasta dalam program pembangunan Perbandaran.
  • Mengorientasikan Majlis Perbandaran Alor Gajah ke arah kecemerlangan melalui budaya kerja yang cemerlang.
  • Menguruskan sumber-sumber ekonomi dengan efisien dan memastikan arah serta trend pembangunan selaras dengan matlamat negeri dan polisi-polisi negara.

Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Latarbelakang Daerah sunting

Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga (3) buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.

Kini daerah Alor Gajah mempunyai bilangan penduduk seramai 131,870 orang mengikut banci penduduk pada tahun 2000. Pekan Alor Gajah terletak 24 km dari bandar Melaka dan kini merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Visi dan Objektif sunting

Visi sunting

Menjadikan MPAG unggul berteraskan teknologi dan nilai-nilai murni selaras dengan cabaran globalisasi dalam membentuk komuniti yang progresif

Objektif sunting

  • Menguruskan Majlis secara sistematik menepati aspirasi komuniti dan kerajaan
  • Menguruskan kewangan secara berhemah dan memastikan pulangan yang setimpal kepada komuniti
  • Menguatkuasakan undang-undang secara konsisten ke arah mewujudkan komuniti yang sejahtera
  • Menyediakan prasarana ICT yang kebolehpercayaan dan kebolehcapaian
  • Menerapkan semangat kekitaan dan perkongsian tanggungjawab di kalangan komuniti terhadap sistem percukaian perbandaran
  • Merancang pembangunan perbandaran dan pemeliharaan alam sekitar ke arah pembangunan lestari
  • Mengawal pembangunan secara efisien dengan mengambil kira warisan senibina untuk menjamin keunikan, keselesaan dan keselamatan kepada komuniti
  • Memastikan perancangan, perlaksanaan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur melebihi ekspektasi komuniti
  • Menampilkan kawasan perbandaran dan komuniti sebagai model estatika dan sumber rujukan landskap bandar dalam taman
  • Menyediakan persekitaran bersih yang dapat melahirkan komuniti yang sihat dan produktif ke arah mempertingkatkan pencapaian sosio ekonomi
  • Mempromosikan Alor Gajah sebagai perbandaran maju pesona yang mesti dikunjungi kerana keindahan semulajadi, teknologi, rekreasi, warisan dan keikraman komuniti

Alamat sunting


Majlis Perbandaran

Alor Gajah (MPAG)

Jalan Dato' Dol Said

78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

Tel: 606-5561010 / 2575

Fax: 606-5564909

Email:mpag@mpag.gov.my