Majlis Perbandaran Manjung

Sejarah

sunting

Latar Belakang Penubuhan Majlis Perbandaran Manjung

Ditubuhkan pada 1 Januari 1980 - dikenali Majlis Dearah Manjung. Dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagaimana warta Kerajaan Negeri Perak pada 1 Ogos 2001.

Warta Peluasan Kawasan Kuasa

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Mei 2012 telah bersetuju untuk meluaskan kawasan operasi MPM meliputi seluruh Daerah Manjung. Peluasan kawasan Majlis ini telah diwartakan pada 4 Disember 2014 (No. Warta: 3115/No. Pelan Warta PW3734 dan PW2124)

Visi, Misi dan Objektif Majlis Perbandaran Manjung

sunting

Visi

  • Menuju ke arah bandar raya pelancongan dan maritim.

Misi

  • Memperkasa sistem perkhidmatan perbandaran berkualiti secara efektif dan efisien.

Dasar Kualiti

  • Majlis Perbandaran Manjung komited menyampaikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti berlandaskan keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan serta penambahbaikan berterusan untuk menjadikan Manjung sebuah perbandaran yang Maju, Progresif dan Makmur.

Fungsi MPM

sunting
  • Bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang merupakan bandar-bandar dan kawasan sekitar yang diwartakan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Bertanggungjawab untuk mengutip hasil tahunan disamping berusaha untuk meningkatkan jumlah hasil tahunan melalui punca-punca hasil yang baru.
  • mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak (pelanggan, pembayaran cukai dan lain-lain) yang akan kaitan kangsung atau tidak langsung dalam konteks mencapai matlamat dan objektif Majlis.
  • Merancang dan melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat ke arah mewujudkan keadaan persekitaran yang permai.
  • Bertanggungjawab mentadbir kawasan Majlis melalui kawalan ke atas aktiviti perniagaan dan perindustrian serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik lebih banyak pelaburan.
  • Mengawal, merancang dan meluluskan pembangunan fizikal supaya selaras dengan kehendak Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan Majlis Perbandaran Manjung dengan tumpuan kepada pembangunan yang berorientasikan kepada pemeliharaan alam sekitar dan mewujudkan masyarakat bandar yang seimbang dan harmoni.

Maklumat Penduduk

sunting

Bilangan penduduk tahun 2022 di Daerah Manjung adalah berada kedudukan ketiga tertinggi di dalam Negeri Perak iaitu berjumlah 256,000 penduduk . Ini menunjukkan potensi besar daerah ini untuk berkembang lebih maju dan pantas sekiranya wujudnya perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang selari dengan niche dan kapasiti sebenar.

Statistik Utama Penduduk

sunting

Penduduk ('000)

  • Jumlah : 250.6
  • Warganegara : 234.2
  • Bukan warganegara : 16.5
  • Lelaki : 134.4
  • Perempuan : 116.3

Jabatan dan Unit MPM

sunting
  • Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Jabatan Perbendaharaan
  • Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
  • Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan
  • Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam
  • Jabatan Perancang Bandar
  • Jabatan Teknologi Maklumat
  • Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
  • Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar
  • Jabatan Bangunan
  • Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan
  • Unit Undang-Undang dan Integriti
  • Unit Pusat Setempat
  • Unit Audit Dalam
  • Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai
  • Unit Landskap
  • Unit Pesuruhjaya Bangunan

Zon Pentadbiran

sunting

Pihak Majlis Perbandaran Manjung telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada 24 zon yang diselia oleh Ahli Majlis mengikut kawasan.