Majlis Perbandaran Nilai

bekas pihak berkuasa tempatan yang mentadbir seluruh daerah Seremban selain pusat bandar Seremban

Majlis Perbandaran Nilai ialah bekas pihak berkuasa tempatan yang mentadbir seluruh daerah Seremban selain pusat bandar Seremban seperti Nilai, Pajam, Labu, Mantin, Lenggeng, Sungai Gadut, Pantai dan Rantau. Ia ditubuhkan pada tahun 2002 hasil penaiktarafan Majlis Daerah Seremban dan dibubarkan pada 2020 untuk digabungkan bagi membentuk Majlis Bandaraya Seremban.

Majlis Perbandaran Nilai
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan2 Februari 2002
Dibubarkan1 Januari 2020
Didahului oleh
Majlis Daerah Seremban
Diikuti oleh
Majlis Bandaraya Seremban
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Majlis Perbandaran Nilai

Ibu pejabat utama Majlis Perbandaran Nilai terletak di Bandar Baru Nilai berhampiran bandar Nilai.

Sejarah sunting

Pada awalnya, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Seremban yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 melalui penyusunan semula ke atas enam (6) Penguasa Tempatan di Negeri Sembilan menurut Seksyen 3(a) dan 3(b), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu

  • Majlis Tempatan Pajam (1957)
  • Majlis Tempatan Mantin (1958)
  • Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Rantau (1959)
  • Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959)
  • Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959)
  • Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959)

Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban. Mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai ialah:

  • Mukim Setul
  • Mukim Labu
  • Mukim Rantau
  • Mukim Lenggeng
  • Mukim Pantai
  • Sebahagian Rasah
  • Sebahagian Ampangan
  • Sebahagian Seremban

Antara mukim tersebut, lima (5) daripadanya adalah Mukim Utama iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai manakala tiga (3) mukim lagi adalah sebahagian sahaja yang mana ia telah dibahagi dengan Majlis Perbandaran Seremban iaitu sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.

Majlis Perbandaran Nilai telah bergabung dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menjadi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 1 Januari 2020.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sarinah Mat Kasim (11 Disember 2019). "Seremban diisytihar bandar raya 1 Januari 2020". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Januari 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting