Majlis Perbandaran Selayang
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah sebuah pihak berkuasa kerajaan tempatan yang mentadbir kawasan bandar Selayang di negeri Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Pada masa ini, Yang DiPertua Selayang adalah Tuan Suliman bin Abd Rahman, AMS, PPT.2016
Majlis Perbandaran Selayang مجليس ڤربندرن سلايڠ | |
---|---|
MPS | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua (YDP) | Tuan Suliman bin Abd. Rahman AMS, PPT |
Moto | |
Selayangku Sayang | |
Tempat persidangan | |
Menara MPS Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
SejarahSunting
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Sebelum ini MPS dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) yang mana ia telah beroperasi sejak 1 Januari 1977 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya adalah meliputi Mukim Rawang, Mukim Batu dan sebahagian Mukim Setapak.
MPS lahir dari beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti: Lembaga Bandaran Gombak, Lembaga Bandaran Rawang, Lembaga Bandaran Kuala Ampang, Kawasan PKNS Taman Keramat dan Kawasan Perindustrian Batu Caves.
MPS mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil/cawangan seperti di Batu Arang, Rawang dan Sri Gombak. Luas kawasan pentadbiran MPS ialah 549.33 km persegi. Manakala jumlah pegangan pada Januari 2003 ialah 150,000.
Visi, Misi, Moto & ObjektifSunting
Visi
- Majlis Perbandaran Selayang Peneraju Pengurusan Cemerlang Ke Arah Perbandaran Mampan Menjelang Tahun 2020
Misi
- Memperkasa Pengurusan Perbandaran Kepada Seluruh Warga Selayang Melalui Perkhidmatan Bertaraf 5 Bintang Ke Arah Pembentukan Komunikasi Sejahtera
Moto
"MAMPAN, PROGRESIF, SEJAHTERA"
Objektif
- Memberi dan Meningkatkan Perkhidmatan Bandaran
- Menyedia dan Menyelenggara Kemudahan Infrastruktur
- Menyusun dan Mengawasi Pembangunan Melalui Kawasan Pembangunan Yang Teratur Serta Terancang
- Menyedia dan Menyelenggara Kemudahan Taman dan Rekreasi
- Mewujudkan Suasana kecantikan Kawasan Selaras Dengan Objektif Untuk Menjadikan Kawasan Majlis Sebagai "Kawasan Taman Dalam Bandar"
- Mengeratkan Perpaduan Di Antara Rakyat Di Samping Mewujudkan Masyarakat Yang Bertanggungjawab dan Berdisiplin
- Memainkan Peranan Di Dalam Usaha Kerajaan Negeri Untuk Menarik Aspek Perindustrian, Perancangan Perumahan Kos Rendah dan Program-Program Menggiatkan Pelancongan
Wakil Rakyat Bandar SelayangSunting
- P097 Selayang (kawasan persekutuan) YB William Leong Jee Keen
- N13 Kuang (kawasan negeri) YB Sallehudin Amiruddin
- N14 Rawang (kawasan negeri) YB Chua Wei Kiat
- N15 Taman Templer (kawasan negeri) YB Mohd Sany Hamzan
- P098 Gombak (kawasan persekutuan) YB Dato' Seri Azmin Ali
- N16 Sungai Tua (kawasan negeri) YAB Dato' Seri Amirudin Shari
- N17 Gombak Setia (kawasan negeri) YB Hilman Idham
- Beberapa Kawasan P107 Sungai Buloh (kawasan persekutuan) Sivarasa Rasiah
- Beberapa Kawasan N37 Paya Jaras (kawasan negeri) YB Mohd Khairuddin Othman
- Beberapa Kawasan N38 Bukit Lanjan (kawasan negeri) YB Elizabeth Wong Keat Ping