Majlis Perbandaran Tawau

Majlis Perbandaran Tawau, MPT; adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal penduduk Tawau di dalam negeri Sabah, Malaysia.

Majlis Perbandaran Tawau
مجليس ڤربندرن تاواو
MPT
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1982; 42 tahun yang lalu (1982-01-01)
Kepimpinan
Presiden
Tuan Arnold Joibi
Timbalan Presiden
Encik Pang Pick Lim @ Joseph
Struktur
Ahli21
Tempat persidangan
Majlis Perbandaran Tawau, Peti Surat 412, 91007 Tawau, Sabah, Malaysia
mpt.sabah.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Tawau telah ditubuhkan pada 01 Januari 1982 melalui change of Status And Amalgamation Enactment 1981 yang meluluskan percantuman Lembaga Bandaran Tawau dengan Majlis Daerah Luar Bandar. Di naiktaraf dari status bandar Tawau ke sebuah 'perbandaran' yang dikenali sebagai Majlis Perbandaran Tawau. Struktur pentadbiran di ketuai oleh Presiden dan dibantu beberapa orang pegawai kanan serta 24 orang Ahli Majlis.

Sejarah Penubuhan[1] sunting

Sejak 1881 ketika pihak British memerintah Sabah (Borneo Utara), Sabah telah melihat pertukaran cara pemerintahan iaitu dari cara pemerintahan corak koloni kepada pemerintahan Raja Berpelembagaan iaitu Merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963.

Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ) adalah sebuah penguasa tempatan yang bertanggungjawab untuk mentadbir Daerah Tawau. Mempunyai keluasan 6,243 km persegi dengan bilangan penduduk yang melebihi 524,700 orang, sebelum wujudnya penguasa tempatan di Daerah Tawau pada akhir tahun 1961.

"Tawau Sanitory Board" memang sudah wujud di bawah pengawasan Pejabat Daerah dan bertindak sebagai penguasa tempatan. Apabila Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dikuatkuasakan, maka wujudlah dua penguasa tempatan iaitu Lembaga Bandaran Tawau ( LBT ) dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau ( MDLBT ). Pejabat Daerah bertanggungjawab ke atas pentadbiran serta melaksanakan projek-projek pembangunan kerajaan. Manakala LBT dan MDLBT menghadkan kegiatan masing-masing kepada perkhidmatan awam, pemungutan lesen-lesen dan cukai-cukai dan perancangan pembangunan setempat. Pentadbiran LBT adalah di dalam lingkungan empat batu daripada Bandar dan kawasan-kawasan selepas itu adalah terletak di bawah tanggungjawab MDLBT.

Pada menjalankan pengurusan dan pentadbiran, seorang "Pegawai Kerja" boleh dilantik di bawah seksyen 69, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, di kedua-dua penguasa tempatan ini. Penguasa LBT bukanlah seorang pegawai sepenuh masa atau daripada Perhubungan Awam ( dipilih dari salah seorang Ahli ). Apabila jawatan Residen dimansuhkan pada 1 Januari 1979. Jawatan pengerusi telah di ambil alih oleh seorang pegawai dari Perkhidmatan Awam yang bergelar "Pesuruhjaya". Selain menjadi Pengerusi, Pesuruhjaya juga adalah Ketua Jabatan. Bagi MDLBT, Pengerusinya juga dipilih dari salah seorang ahli. Pada 1 Januari 1982, taraf Daerah Tawau dinaikkan statusnya menjadi Perbandaran. LBT dan MDLBT digabungkan dan wujudlah Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ). Gelaran Pesuruhjaya digantikan dengan Presiden dan Pegawai Kerja menjadi Setiausaha Perbandaran.

Sabah Mempunyai 23 Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak dibawah bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri ( terdiri daripada 2 Majlis Perbandaran, 1 Lembaga Bandaran dan 20 Majlis Daerah). Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ) adalah satu daripada 23 Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) ini di Negeri Sabah.

Rujukan sunting

  1. ^ {{cite web|url=https://web.archive.org/web/20190601082845/http://www.mpt.sabah.gov.my/pages/sejarah.html%7Ctitle=Sejarah Penubuhan Majlis Perbandaran Tawau |publisher=Majlis Perbandaran Tawau|date=4 April 2017|access-date=4 Oktober 2021|

Pautan luar sunting