Majlis Perbandaran Teluk Intan

Majlis Perbandaran Teluk Intan ialah pusat pentadbiran bandar Teluk Intan. Ia telah dinaik taraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003.

Majlis Perbandaran Teluk Intan
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahHilir Perak
Kerajaan
 • JenisPerbandaran
 • Yang DiPertuaZainal Ariffin
Kod Poskad
36000
Kod kawasan05

Sejarah sunting

Penaiktarafan daripada Majlis Daerah Hilir Perak kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan dilakukan setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003. Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak ketika itu, pada 4 April 2004. Sebelum dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan penyatuan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT):

  • LPKT Teluk Intan
  • LPKT Hilir Perak
  • LPKT Langkap
  • LPKT Chui Chak
  • LPKT Batu 12
  • LPKT Pelawan

Disokong oleh prasarana yang sangat baik, pengurusan bandar yang lebih cekap telah dikendalikan oleh majlis daerah semenjak ditubuhkan pada tahun 1980 hasil daripada penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Hilir Perak. Semenjak itu, pertumbuhan bandar terus berkembang pesat seperti industri, perumahan, perdagangan pelancongan, pembangunan lanskap dan keindahan bandar, infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan dan lalu lintas yang menjadi asas yang penting yang kemudiannya melayakkan majlis daerah dinaik taraf.

Kawasan pentadbiran sunting

Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan ialah 152.97 km persegi.

Profil daerah sunting

  • Luas kawasan : 1800 km persegi
  • Perbandaran = 152.97 km persegi
  • Daerah = 1,683 km persegi
  • Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) mentadbir kawasan seluas 126.9 km2.
  • 8% daripadanya adalah kawasan kawalan pembangunan dibawah seliaan MPTI.
  • Luas kawasan operasi MPTI ialah 34.96 km2 manakala cadangan perluasan kawasan seluas 25.97 km2
  • Jumlah penduduk kawasan MPTI : 110,228 orang (Statistik tahun 2000)

Maklumat majlis sunting

Misi dan visi sunting

“Berusaha ke arah meningkatkan pengurusan kawasan pentadbiran majlis secara cekap dan berkesan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan menangani perubahan bagi mencapai matlamat dasar pembangunan negeri dan negara”.

Objektif sunting

Objektif Organisasi sunting

  • Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dapat membaiki kualiti kehidupan masyarakat.
  • Melaksanakan Dasar Pembangunan Negara dan Negeri.
  • Memberi perkhidmatan Perbandaran yang komprihensif kepada masyarakat.
  • Merancang projek-projek sosial, ekonomi yang memberi manafaat kepada masyarakat.
  • Menyediakan satu sistem pengurusan yang berkualiti, dinamik dan inovatif.

Wawasan sunting

"Ke arah menjadikan Hilir Perak daerah yang maju, aman, makmur dan terunggul di Malaysia"

Dasar Kualiti sunting

Komited kepada semua keperluan pelanggan melalui penyediaan perkhidmatan yang berkualiti dan perancangan yang terkawal, ke arah merealisasikan Wawasan Hilir Perak sebagai Daerah yang maju,aman, makmur dan terunggul di Malaysia.

Fungsi sunting

Menentukan kualiti hidup penduduk tempatan terkawal dan terjamin melalui pelaksanaan dan penguatkuasaan tiga Akta Induk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu:

  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  2. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
  3. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Piagam pelanggan sunting

Majlis mempunyai 9 Piagam Pelanggan yang memfokuskan pernyataan

“Kami, Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan berjanji untuk melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab demi untuk memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan kami”.

Dalam memenuhi cita-cita tersebut, kami telah menetapkan matlamat kerja dan perlaksanaannya seperti berikut:

  1. Melayani serta merta setiap aduan serta mengambil tindakan siasatan dalam tempoh 24 jam kecuali pada hari Cuti Umum dan Kelepasan Am.
  2. Melaksanakan Perkhidmatan Perbandaran seperti berikut :
    • Kutipan sampah dan pembersihan;
      • Kawasan Bandar setiap hari.
      • Kawasan Taman Perumahan selang sehari.
    • Pembersihan longkang;
      • Kawasan Bandar sekali sebulan.
      • Kawasan Taman Perumahan sekali sebulan.
    • Pemotongan rumput sekali sebulan di semua kawasan.
  3. Permohonan kelulusan lesen;
    • Lesen penjaja, pasar, gerai dan permit dalam tempoh 3 hari.
    • Lesen tred perniagaan dan perusahaan dalam tempoh 30 hari.
  4. Tempoh berurusan di Kaunter Bayaran tidak melebihi 10 minit.
  5. Menjelaskan tuntutan bayaran tidak lewat dari 9 hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap.
  6. Memproses rayuan bantahan nilaian dalam tempoh 1 bulan, pindah milik 3 hari dan pertukaran alamat serta merta.
  7. Pengeluaran bil-bil:
    • Taksiran untuk setengah Tahun Pertama tidak lewat daripada 15 Disember dan 15 Julai bagi setengah Tahun Kedua.
    • Bil Lesen Tahunan tidak lewat 15 Disember.
  8. Menimbangkan Permohonan Serentak Kebenaran Merancang, Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan, Pelan Susun Atur dan Cadangan Pemajuan dalam tempoh 139 hari.
  9. Permohonan kelulusan pelan binaan Rumah Sesebuah dan Ubahsuai Bangunan dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

Wakil Rakyat sunting

Ahli Parlimen sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "BASIC POPULATION CHARACTERISTICS BY ADMINISTRATIVE DISTRICTS". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-09. Dicapai pada 2010-11-24.

Pautan luar sunting

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan