Majlis Permuafakatan Ummah

Majlis Permuafakatan Ummah atau singkatnya (PEWARIS) merupakan sebuah NGO yang berasaskan Islam di Malaysia. Pewaris menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik.

Pendirian terhadap ISASunting

Pewaris mengambil sikap menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1948 untuk mempertahankan Islam. Maksud tersiratnya, kedaulatan Islam tidak dapat diperjuang dan dipertahankan di Malaysia ini tanpa adanya ISA.

Oleh itu Gerakan Mansuh ISA (GMI) menjemput Pewaris berdebat pada 9 Mei 2009 di Auditorium Dewan Sivik MPPJ atas tajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' .[1]

RujukanSunting