Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu

Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu merupakan badan perundangan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan perintis bagi Parlimen Malaysia. Ia dibentuk pada 1948 selepas pemansuhan Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, sebagai sebahagian janji United Kingdom ke arah pemerintahan sendiri di Tanah Melayu. Majlis bersidang di Kuala Lumpur.

Majlis Perundangan
Persekutuan Tanah Melayu
Jata Persekutuan Tanah Melayu
Jenis
Jenis
Ekadewan
Sejarah
Diasaskan1948
Dibubarkan1959
Diikuti oleh
Parlimen Malaysia
Kepimpinan
Yang di-Pertua
Pelantik
Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Tanah Melayu (1948-1955)
Pilihan raya umum (1955-1959)
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis ini dibentuk oleh perwakilan-perwakilan dari masyarakat Melayu, Cina dan India.

Di peringkat permulaan, semua perwakilan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Tanah Melayu.

Pada 1955, sebuah pilihan raya umum diadakan buat pertama kalinya. 52 kerusi dipertandingkan, dengan parti yang memperoleh majoriti mendapat hak untuk melantik tujuh anggota tambahan[1]. Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan memenangi 51 kerusi, manakala Parti Islam Se-Tanah Melayu menang satu kerusi. Berikutan pilihan raya tersebut, Raja Uda Raja Muhammad dipilih sebagai Yang Dipertua Majlis, sama seperti Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan Perlembagaan Tanah Melayu (kemudian dinamakan Perlembagaan Persekutuan) pada 15 Ogos 1957. Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Majlis Persekutuan Persekutuan bersambung bersidang sebagai badan perundangan bagi negara baharu ini sehingga dibubarkan bagi menjalankan pilihan raya 1959, yang mana keanggotaan Parlimen akan dipilih..

Lihat juga sunting

Rujukan sunting