Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia atau singkatannya MAPIM merupakan sebuah gabungan beberapa buah NGO[1] yang memperjuangkan aspirasi Islam din Malaysia. Presiden MAPIM terkini ialah cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid.

Bantah kehadiran tentera Amerika sunting

Pada 15 September 2014, MaPIM mendesak agar Kerajaan menghentikan kerjasama latihan ketenteraan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Amerika Syarikat (AS). Kini Malaysia terdedah kepada kemarahan banyak pejuang Islam dan pejuang pembebasan di dunia yang melihat AS sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.Latihan ini menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan AS bersama dengan segala dasarnya.

Malaysia mestilah tegas terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan selama 50 hari di Gaza, Palestin baru-baru ini. Ketika pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin di Gaza dan menghancurkan hampir seluruh prasarana di Gaza oleh Israel, AS mengisytiharkan bantuan dana tambahan AS$250 juta (RM800 juta) untuk tentera Israel.

Kononnya jalinan Malaysia dengan tentera AS terus akrab. Keselamatan Malaysia berhadapan risiko apabila tentera AS berada di bumi Malaysia kerana segala maklumat yang diperlukan oleh AS terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperoleh dan boleh diakses secara langsung.

Seramai 300 anggota tentera AS tiba di Lapangan Terbang Terengganu bagi menjalani latihan bersama Tentera Darat Malaysia. Kementerian Pertahanan memaklumkan kehadiran tentera AS itu adalah bagi menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/14 dari 13 hingga 26 September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan. Siri latihan gabungan itu diadakan setiap tahun dan bagi tahun 2014, ia dilaksanakan berorientasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir.

Laporan Jabatan Negara AS kepada Kongres pada 2007 yang menyebut kerjasama keselamatan menjadi alat dasar luar penting bagi AS untuk mengukuhkan kepentingan negara itu. [2]

Memorandum anti Israel sunting

Terdesak di atas perkembangan semasa di dalam negara, Mapim menghantar memorandum menuntut ahli parlimen supaya membuat pendirian tegas di Dewan Rakyat untuk mengecam Israel yang "terus mengganas" di Gaza. Moohd Azmi menghantar memorandum kepada speaker Dewan, pengerusi kelab penyokong BN dan ketua pembangkang. Turut serta dalam sidang media pada 7 April 2010 di lobi perlimen ialah Datuk Mahfuz Omar, Tony Pua dan Dr Hatta Ramli.

Mapim juga menggesa Parlimen Malaysia menghantar dua wakil perlimen ke Gaza , agar kepungan Israel dapat ditamatkan. Semua ahli parlimen Malaysia hendaklah menandatangani surat terbuka Mapim kepada setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung survival Gaza.[3]

Rujukan sunting