Majlis perwakilan pelajar

persatuan pelajar
(Dilencongkan dari Majlis Perwakilan Pelajar)

Majlis perwakilan pelajar (MPP), atau sesetengahnya majlis perwakilan mahasiswa (MPM) merupakan sebuah badan yang mewakili kepentingan mahasiswa dalam pentadbiran universiti atau institusi pendidikan yang lain. Secara lazimnya, MPP dibentuk membentuk persatuan pelajar yang lebih luas, yang mana boleh melibatkan fungsi-fungsi lain seperti masyarakat, hiburan (dalam bentuk kesatuan pelajar) dan sukan (dalam bentuk kesatuan sukan).

Universiti kebiasaannya mempunyai ketetapan bertulis untuk menerima perwakilan daripada MPP dan kebiasannya perwakilan pelajar dari MPP dilibatkan dalam bahagian-bahagian tertentu pada struktur universiti seperti mahkamah universiti, senat akademik dan lain-lain.

Mengikut negara sunting

Indonesia sunting

Majlis perwakilan pelajar di Indonesia dikenali dengan nama badan eksekutif mahasiswa (BEM). Ia merupakan badan kemahasiswaan yang menjalankan tugas eksekutif yang diketuai seorang ketua atau Presiden BEM yang dipilih melalui pemilihan umum mahasiswa setiap tahun[1].

Malaysia sunting

Majlis perwakilan pelajar di Malaysia adalah suatu badan tertinggi pelajar[2][3] yang diiktiraf sebagai medium rasmi kebajikan pelajar di universiti di Malaysia dan dinyatakan secara jelas dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Keahlian MPP dipilih melalui sistem demokrasi pilihan raya kampus dan meletakkan mahasiswa sebagai calon dan warga pemilihnya. MPP diketuai oleh seorang Presiden atau Yang Dipertua yang kebiasaannya dipilih dalam kalangan mahasiswa yang menang pilihan raya kampus. Pilihan raya kampus adalah satu wadah demokrasi yang diraikan dalam kalangan mahasiswa[3].

Scotland sunting

Majlis perwakilan pelajar di Scotland ditubuhkan sebagai sebahagian daripada sistem urus tadbir universiti kuno oleh Akta Universiti (Scotland) 1889 di empat universiti yang masih wujud masa kini, Aberdeen, Edinburgh, Glasgow dan St Andrews. Kewujudan MPP ini juga diperbadankan kanun diraja Universiti Dundee, yang mana ia mengikuti struktur urus tadbir kuno. Pada zaman kini, MPP turut ditubuhkan di universiti lain seperti Universiti Strathclyde dan di Unversiti Heriot-Watt kampus antarabangsa Scotland.

Rujukan sunting

  1. ^ Reno Rifaldi (September 2018). "Peran Organisasi Intra Kampus dalam Meningkatkan Kualitas Kepemimpinan Visioner Mahasiswa" (PDF). Repository UIN JAMBI. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-01-31. Dicapai pada 31 Januari 2021.
  2. ^ Fazurawati Che Lah (18 Mei 2020). "Urus penuntut pulang". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-23. Dicapai pada 31 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b Imran Razalle (6 Oktober 2016). "Kebajikan mahasiswa agenda MPP". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-28. Dicapai pada 31 Januari 2021.