Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia
Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM), atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysian Allied Health Professions Council (MAHPC), ditubuhkan di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774). Akta ini telah diwartakan pada tahun 2016 dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2020. Tujuan utama penubuhan MPKBM adalah untuk mengawal selia profesion kesihatan bersekutu yang sebelum ini tidak mempunyai pengawalan yang jelas, serta untuk memastikan amalan profesional yang berkualiti dan beretika dalam kalangan pengamalnya.[1]
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Badan Profesional |
Tapak web | https://hq.moh.gov.my/alliedhealth |
Pengurusan | |
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu & Pendaftar Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu | Puan L.Mageswary A/P Lapchmanan |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya. |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah Penubuhan
suntingPenubuhan MPKBM adalah hasil daripada keperluan untuk memperkasakan dan mengawal selia pelbagai profesion kesihatan bersekutu di Malaysia. Sebelum akta ini dikuatkuasakan, banyak profesion dalam bidang kesihatan bersekutu beroperasi tanpa pengawasan yang mencukupi, yang boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan.[2] Dengan adanya MPKBM, semua pengamal kesihatan bersekutu diwajibkan untuk mendaftar dan mematuhi piawaian yang ditetapkan, termasuk kelayakan akademik dan etika profesional.[3]
Tujuan Penubuhan
suntingTujuan utama MPKBM termasuk:
- Mengawal selia pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu.
- Menentukan kelayakan dan latihan yang diperlukan untuk setiap profesion.
- Mengawasi amalan, etika, dan tingkah laku profesional pengamal kesihatan bersekutu. [4]
- Memastikan bahawa semua pengamal menjalankan tugas mereka dengan kompeten dan bertanggungjawab.
Senarai Profesion yang Diperatur
sunting- Ahli Audiologi
- Ahli Dietetik
- Ahli Entomologi (Kesihatan Awam)
- Ahli Fisioterapi
- Ahli Fizik Perubatan
- Ahli Pemakanan
- Ahli Psikologi Klinikal
- Ahli Radiografi Diagnostik
- Ahli Sains Makmal Perubatan
- Ahli Terapi Cara Kerja
- Ahli Terapi Pertuturan – Bahasa
- Ahli Terapi Radiasi
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Juruteknologi Pergigian
- Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Pegawai Pendidikan Kesihatan [5]
Dengan penubuhan MPKBM, diharapkan dapat meningkatkan standard perkhidmatan dalam bidang kesihatan bersekutu serta melindungi kepentingan awam melalui pengawalan yang lebih ketat terhadap profesion ini.[6]
Pengiktirafan Kelayakan Akademik
suntingSijil kelayakan profesional yang ditawarkan oleh institusi yang tidak diiktiraf tidak akan diterima. Ini bermakna hanya kursus atau program yang mendapat pengiktirafan daripada MQA dan MPKBM sahaja boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran sebagai pengamal kesihatan bersekutu.[7]
Institusi-institusi yang tidak diiktiraf juga dilarang menggunakan gelaran atau nama yang berkaitan dengan profesion kesihatan bersekutu dalam promosi kursus mereka. Ini bertujuan untuk melindungi integriti dan standard profesion kesihatan bersekutu.
Individu yang berhasrat untuk mengikuti program pengajian dalam bidang profesional ini disarankan untuk merujuk kepada MPKBM terlebih dahulu bagi memastikan bahawa sijil yang diperoleh adalah diiktiraf sebagai kelayakan pendaftaran. [8][1]
Lihat Juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Laman Utama". hq.moh.gov.my. Dicapai pada 2024-11-10.
- ^ Lapchmanan, L Mageswary; Hussin, Duratul Ain; Mahat, Naji Arafat; Ng, Aik Hao; Bani, Nurul Huda; Hisham, Salina; Teh, Wai Siew; A Aziz, Mohd Azmarul; Maniam, Saravanakumar (2024-02-02). "Developing criteria for a profession to be considered as profession of allied health in Malaysia: a qualitative study from the Malaysian perspective". BMC Health Services Research (dalam bahasa Inggeris). 24 (1). doi:10.1186/s12913-024-10569-0. ISSN 1472-6963. PMC PMC10835829 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38308291 Check|pmid=
value (bantuan).CS1 maint: PMC format (link) - ^ https://rajadarrylloh.com/allied-health-professions-act-2016/
- ^ Srivastava, Anil Kumar; Mishra, Neeraj (2021-01). "National Commission for Allied and Health-Care Professions Act 2021 and the Central Council of Occupational Therapy". The Indian Journal of Occupational Therapy (dalam bahasa Inggeris). 53 (1): 1–3. doi:10.4103/ijoth.ijoth_52_21. ISSN 0445-7706. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/index.php/ms/site-mahpc/info-mahpc
- ^ https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/index.php/ms/public
- ^ https://www.mqa.gov.my/new/document/2022/Surat%20Makluman%20Bil.%2010%202022.pdf
- ^ https://drive.google.com/file/d/19LT6tOCDTZIs0jEr6iDxcM-XiYUPh2m2/view?usp=drivesdk