Majlis Sukan Negara Malaysia

Sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Ditubuhkan pada 1972, ia merupakan agensi utama yang ditugaskan untuk mengembangkan budaya sukan holistik untuk negara.[1]

Majlis Sukan Negara Malaysia
MSN (Melayu) / NSC (Inggeris)
Intisari agensi
Dibentuk21 Februari 1972; 52 tahun yang lalu (1972-02-21)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatKompleks Sukan Negara, Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Dokumen penting
  • Akta MSN 1971
  • Akta MSN 1979 Pindaan
Laman sesawang
www.msn.gov.my

Sejarah sunting

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak kedua pada 21 Februari 1972.[1]

Pada peringkat awal penubuhan MSN, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.[1]

Selepas penysunan semula majlis pada tahun 1981, MSN mengembangkan program dan aktiviti sehingga apa yang dapat dilihat pada masa kini. Matlamat penubuhan MSN selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.[1]

Senarai program sunting

  • Program Latihan Atlet (Pelapis/Bakat, Podium)
  • Program Latihan Atlet Para (Pelapis/Bakat, Podium)
  • Program Pembangunan Bola Sepak Negara
  • Program Pembangunan Hoki Negara
  • Program Pembangunan Ragbi Negara
  • Program Berbasikal Remaja Malaysia
  • Wanita Dalam Sukan

Senarai venue sunting

Nama Lokasi Ruj
Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil (Ibu Pejabat) Bandar Sukan KL, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia Kampung Pandan, Kuala Lumpur [2]
Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan Asahan, Daerah Jasin, Melaka [3]
Kompleks Majlis Sukan Negara Pagoh Pagoh, Daerah Muar, Johor [4]
Kompleks Majlis Sukan Negara Kuala Rompin Kuala Rompin, Daerah Rompin, Pahang [5]
Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi, Kedah [6]
Kompleks Majlis Sukan Negara Dungun Daerah Dungun, Terengganu [7]
Velodrom Nasional Malaysia Nilai, Daerah Seremban, Negeri Sembilan [8]
Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari Gambang, Daerah Kuantan, Pahang [9]
Kompleks Sukan Setiawangsa Wangsa Maju, Kuala Lumpur [10]

Bekas venue sunting

  • Kompleks Majlis Sukan Negara Taman Keramat - Diserahkan kepada pemaju perumahan Syarikat SkySierra Development Sdn Bhd untuk pembangunan perumahan serba moden The Valley Residence.[11]

Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Negeri Bergabung sunting

Seksyen 7 Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 memberikan kuasa kepada Kerajaan untuk menubuhkan Majlis Sukan di Wilayah Persekutuan dan setiap negeri di Malaysia. Majlis Sukan negeri Semenanjung ditadbir oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing, manakala Majlis Sukan Negeri Sabah dan Sarawak pula ditadbir oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri masing-masing dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pula ditadbir oleh Jabatan Wilayah Persekutuan.[12]

Nama Majlis Sukan Ruj
  Johor Majlis Sukan Negeri Johor [13]
  Kedah Majlis Sukan Negeri Kedah
  Kelantan Majlis Sukan Negeri Kelantan
  Melaka Majlis Sukan Negeri Melaka
  Negeri Sembilan Majlis Sukan Negeri Sembilan
  Pahang Majlis Sukan Negeri Pahang
  Perak Majlis Sukan Negeri Perak [14]
  Perlis Majlis Sukan Negeri Perlis
  Pulau Pinang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang [15]
  Sabah Majlis Sukan Negeri Sabah
  Sarawak Majlis Sukan Negeri Sarawak [16]
  Selangor Majlis Sukan Negeri Selangor [17]
  Terengganu Majlis Sukan Negeri Terengganu [18]
  Wilayah Persekutuan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan [19]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Majlis Sukan Negara Malaysia: Sejarah Majlis Sukan Negara Malaysia. Dicapai pada 12 Mei 2015.
  2. ^ "Perasmian Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia".
  3. ^ "Kompleks MSN Saujana Asahan". nsc.gov.my.
  4. ^ "Kompleks MSN Pagoh". nsc.gov.my.
  5. ^ "Kompleks MSN Kuala Rompin". nsc.gov.my.
  6. ^ "Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (MSN), Langkawi". nsc.gov.my.
  7. ^ "Kompleks MSN Dungun". nsc.gov.my.
  8. ^ "Velodrom Nasional Malaysia". nsc.gov.my.
  9. ^ PR rasmi Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari Diarkibkan 2014-10-06 di Wayback Machine Utusan Malaysia (11 April 2014). Dicapai pada 1 April 2015.
  10. ^ "Kompleks Sukan Setiawangsa". nsc.gov.my.
  11. ^ Hamdan Saaid (11 Januari 2022). "MSN Taman Keramat tinggal kenangan". Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2022.
  12. ^ "Akta". www.kbs.gov.my.
  13. ^ "Rise Up Johor".
  14. ^ "Laman Web Rasmi Majlis Sukan Negeri Perak".
  15. ^ "Laman Web Rasmi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang".
  16. ^ "Majlis Sukan Negeri Sarawak".
  17. ^ "Majlis Sukan Negeri Selangor".
  18. ^ "Majlis Sukan Negeri Terengganu".
  19. ^ "Majlis Sukan Wilayah Persekutuan".

Pautan luar sunting