Majlis angkat sumpah kedua Barack Obama

Majlis angkat sumpah Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat merupakan majlis angkat sumpah presiden kali ke-57. Majlis ini menandakan bermulanya penggal kedua dan terakhir Barack Obama sebagai Presiden dan Joe Biden sebagai Naib Presiden. Majlis tersebut diadakan di Kapitol Amerika Syarikat, Washington, D.C. pada 21 Januari 2013.[1]

Majlis angkat sumpah kedua
Barack Obama
Barack Obama mengangkat tangan kanan ketika Ketua Hakim Mahkmah Agung, John Roberts mengetuai sumpah jawatan. Michelle Obama memandang beliau bersama kedua-dua anaknya, Malia dan Sasha.
Barack Obama mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua beliau.
Tarikh21 Januari 2013; 11 tahun yang lalu (2013-01-21)
LokasiKapitol Amerika Syarikat,
Washington, D.C.
Dianjurkan olehJawatankuasa Kongres Bersama Majlis Angkat Sumpah
HadirinBarack Hussein Obama
Presiden Amerika Syarikat ke-44
— Mengambil alih

John Glover Roberts Jr.
Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat
— Mengetuai sumpah jawatan

Joseph Robinette Biden Jr.
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-47
— Mengambil alih

Sonia Sotomayor
Hakim Bersekutu Mahkamah Agung Amerika Syarikat
— Mengetuai sumpah jawatan
2009
2017

Tema majlis angkat sumpah ini ialah "Iman pada Masa Depan Amerika", frasa bertepatan dengan ulang tahun ke-150 Pengisytiharan Pembebasan yang diumumkan Abraham Lincoln dan pembinaan siap kubah Kapitol A.S. pada 1863. Tema majlis juga menekankan "ketabahan dan perpaduan" Amerika Syarikat dan tema "Ke Hadapan" digunakan pada waktu-waktu terakhir kempen Obama. Acara majlis diadakan di Washington, D.C. bermula 19 sehingga 21 Januari 2013 termasuk konsert, sambutan Hari Martin Luther King, Jr., upacara angkat sumpah, makan tengah hari dan perarakan, tari-menari termasuk doa antara agama. Sumpah jawatan Obama diketuai oleh John G. Roberts, Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Dalam ucapan Obama, beliau menyatakan bahawa "walaupun kebebasan adalah anugerah daripada Tuhan, ia mesti dijamin oleh umat-Nya di Bumi". Beliau meminta undang-undang digubal untuk memerangi perubahan iklim, penetapan reformasi imigrasi dan kawalan senjata api. Obama menyatakan bahawa lebih banyak kemajuan diperlukan mengenai hak asasi manusia dan hak awam (termasuk hak minoriti kaum, hak wanita dan hak LGBT). Beliau berikrar untuk mempromosikan demokrasi di luar negara dan menyatakan bahawa Amerika Syarikat mesti "menjadi sumber harapan kepada orang miskin, orang sakit, orang dipinggir, mangsa prejudis" di seluruh dunia. Selain itu, Obama juga berikrar untuk menjaga persekutuan yang sedia ada dengan kuat, menekankan pemulihan ekonomi dan akhir perang dan menyatakan bahawa "tiada sesiapa pun yang mempunyai kepentingan lebih besar dalam dunia yang damai daripada negara yang paling kuat". Dalam ucapan itu, Obama membangkitkan isu Konvensyen Seneca Falls termasuk perarakan Selma ke Montgomery dan rusuhan Stonewall.

Dianggarkan satu juta orang menghadiri majlis angkat sumpah dan sejuta lagi menontonnya dari seluruh dunia.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The 57th Presidential Inauguration: Barack H. Obama, January 20, 2013". United States Senate. Diarkibkan daripada yang asal pada August 5, 2020. Dicapai pada April 8, 2020.
  2. ^ "By the numbers: More than 1 million attend Obama's second inauguration". MSNBC News. 22 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada July 30, 2018. Dicapai pada 22 February 2013.

Pautan luar sunting