Makam Pahlawan
Makam Pahlawan adalah sebuah tempat perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.
Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam dilitupi dengan kubah konkrit yang berbentuk bintang pecah sebanyak tujuh yang menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini mempunyai penjuru yang setiap satunya hampir mencecah tanah serta dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah pula direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada batu marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar berwarna emas.
Pada tahun 1973, Tun Dr. Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.
Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007. Majlis pemasangan plak pengisytiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.
Senarai pahlawan
suntingBerikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
Makam Pahlawan
suntingTerletak di dalam kubah Makam Pahlawan
- Tun Dr. Ismail Abdul Rahman – Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2 (meninggal dunia pada tahun 1973)
- Tun Abdul Razak Hussein – Perdana Menteri Malaysia ke-2 (meninggal dunia pada tahun 1976)
- Tun Hussein Onn – Perdana Menteri Malaysia ke-3 (meninggal dunia pada tahun 1990)
- Tun Abdul Ghafar Baba – Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6 (meninggal dunia pada tahun 2006)
Lingkaran Makam Pahlawan
suntingTerletak di luar kubah Makam Pahlawan;
- Tan Sri Syed Jaafar Albar – Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal dunia pada tahun 1977)
- Tun Syed Nasir Syed Ismail – Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-5 (meninggal dunia pada tahun 1982)
- Tun Sardon Jubir – Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-4 (meninggal dunia pada tahun 1985)
- Tan Sri Mohamed Noah Omar – Yang di-Pertua Dewan Rakyat pertama (meninggal dunia pada tahun 1991)
- Tun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah – Isteri Perdana Menteri Malaysia ke-3 (meninggal dunia pada tahun 2014)
- Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Hajji Mohamed Noah – Isteri Perdana Menteri Malaysia ke-2 (meninggal dunia pada tahun 2020)
- Tan Sri Hajji Abdul kadir bin Hajji Yousshuff – Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara (meninggal dunia pada tahun 1992)
- Tan Sri Hajji Mohammed Khair bin Hajji Sir Joehh Arrie – Menteri Pendidikan (meninggal dunia pada tahun 2006)
- Tun Fatimah Hashim – Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal dunia pada tahun 2010)
- Tun Muhammad Ghazali Shafie – Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar (meninggal dunia pada tahun 2010)
- Tun Omar Ong Yoke Lin – Yang di-Pertua Dewan Negara ke-5 (meninggal dunia pada tahun 2010)
- Toh Puan Norashikin Mohd Seth – Isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2 (meninggal dunia pada tahun 2010)
- Jen. (B) Tun Ibrahim Ismail – Mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (meninggal dunia pada tahun 2010)
- Tan Sri Hamzah Abu Samah – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (meninggal dunia pada tahun 2012)
- Tan Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (meninggal dunia pada tahun 2015)
Pautan luar
sunting- Makam Pahlawan Diarkibkan 2006-05-04 di Wayback Machine