Makam Xu Guangqi (Cina Ringkas: 徐光启墓, Cina Tradisional: 徐光啟墓, Pinyin: Xú Guāngqǐ mù) ialah makam milik Xu Guangqi (24 April 1562 – 10 November 1633), seorang pegawai pada masa akhir wangsa Ming, penyelidik, serta pemimpin dan penganut agama Katolik. Makam ini terletak di Taman Guangqi, daerah Xujiahui, Shanghai, Republik Rakyat China. Ia mempunyai keluasan sekitar dengan luas sekitar 3,000 meter persegi, tinggi 2.2 meter dan berbentuk bujur.

Makam Xu Guangqi
مقام شو ڬواڠچي
Pemandangan daripada hadapan
Butiran
Ditubuhkansekitar 1634 Masihi
Lokasi
Negara Republik Rakyat China
Saiz3,000 meter persegi, dengan tinggi makam utama 2.2 meter, berbentuk bujur

Pada tahun ketujuh (1634) zaman pemerintahan Maharaja Chongzhen (1628–1644), tanah makam ini merupakan makam pegawai peringkat pertama yang dikembalikan ke Shanghai. Akibat keadaan siasah yang kurang stabil, makam ini dipindahkan ke vila Shuangyuan di luar gerbang selatan daerah Shanghai. Pada tahun ke-14 (1641) zaman pemerintahan Chongzen, berlaku perarakan pemakaman di barat daya kanton ke-6, bao ke-28, desa Gaochang, daerah Shanghai, wilayah Songjiang. Pada tahun ke-29 (1903) pemerintahan Maharaja Guangxu dari wangsa Qing (1875–1908), makam Katolik di Jiangnan ini didirikan semula. Pernah ditinggalkan dan dijadikan kebun sayur, pada tahun 1957, ia dibangunkan semula.[1]:210 Ketika zaman Revolusi Kebudayaan, taman ini berubah menjadi gudang dan mengalami kerosakan yang serius, sebelum ia dibangun kembali pada 1983. Pada tahun 2003, dengan mengikut pembangunan pada tahun 1903, makam ini menyambut ulang tahun pembangunan semulanya yang ke-100.

Sejak 26 Mei 1959 sehingga 7 Disember 1977, makam Xu Guangqi dimasukkan dalam senarai kerja perlindungan barang budaya di Shanghai.[2] Pada 13 Januari 1988, makam ini ditetapkan sebagai Barang Budaya dan Sejarah Penting Kebangsaan oleh Setiausaha Negara Republik Rakyat China.[3]

Sejarah sunting

Zaman purba sunting

Xu Guangqi merupakan seseorang yang berasal dari Shanghai, wilayah Zhili Selatan (ketika itu masih wujud pada zaman Ming). Beliau telah lulus dalam peperiksaan empayar ketika tahun ke-32 zaman pemerintahan Wanli. Gelaran tertinggi yang dipegangnya adalah Menteri Upacara (Konfusianisme) serta cendekiawan di Astaka Wenyuan (Cina Ringkas: 文渊阁, Cina Tradisional: 文淵閣, Pinyin: Wén yuān gé). Beliau mempelajari ilmu falak, sistem takwim, ilmu hisab dan senjata api daripada Matteo Ricci,[4] yang pernah belajar kepada Ming Sizong, di mana beliau menyumbang untuk kajian ilmu takwim dan hisab.[5] Selain itu, beliau juga mengkaji tentang ilmu ketenteraan, penghasilan garam, sawah padi serta pengairan.[6] Kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu dari Barat dan Timur, Profesor Mao Peiqi pernah menyebut bahawa Guangqi adalah "orang pertama di dunia yang melihat China dengan mata terbuka".[7]

Pada bulan kesepuluh tahun keenam (1633) pemerintahan Maharaja Chongzen, Xu Guangqi telah meninggal dunia iaitu ketika berusia 72 tahun.[8] Pengiring dari wangsa Ming dihantar ke rumah Guangqi untuk membawa pulangnya ke kampung halamannya di Shanghai dan tiba di situ ketika tahun ketujuh (1634) pemerintahan Chongzen.[9]:70 Quangqi dimakamkan di pertemuan antara sungai Zhaojia dan Fahua. Keluarga dan keturunan mendiang turut dikebumikan di kawasan itu, yang kemudiannya dikenali sebagai Xujiahui (Cina Ringkas: 徐家汇, Cina Tradisional: 徐家匯).[10]:65

Pramoden sunting

Keluasan awal Makam Xu Guangqi adalah kira-kira 20 mu (1.3 hektar), di mana di hahagian hadapan terdapat dua tiang yang terbuat daripada granit dan satu gerbang batu; manakala di sisi kiri dan kanan jalan menuju makam terdapat patung biri-biri, kuda dan orang tua yang diperbuat daripada batu. Pada tahun ke-29 (1903) pemerintahan Guangxu, gerbang batu tersebut telah hilang, kerana Xu sebelum kematiannya adalah seorang Katolik.[11]:62 Gereja Katolik mendirikan sebuah salib, untuk menanda makam itu pada ulang tahun kematiannya yang ke-270.[9]:71 Pada dasar salib tersebut, nama dan sumbangan Xu Guangqi ditulis dalam bahasa Latin dan Mandarin. Pada tahun 1933, untuk memperingati ulang tahun kematiannya yang ke-300, para ilmuwan mengumpulkan dana untuk membangunkan pagar besi pada dasar salib, pagar batu, dan kemudian laluan bersimen.[12] Setelah Perang China-Jepun II, pohon-pohon yang tumbuh di sekitarnya sudah banyak ditebang dan kawasan ini berubah menjadi kebun sayur.[9]:71

Kontemporari sunting

Pada tahun 1956, para keturunan Xu Guangqi dan anggota suku Xu mengirimkan surat kepada Jawatankuasa Rakyat Shanghai, meminta supaya makam Xu Guangqi mendapat perlindungan daripada pemerintah dan dilindungi oleh Biro Kebudayaan Shanghai. Pada tahun 1957, makam ini diubah suai sepenuhnya. Kebun sayur yang berada di tanah makam kemudiannya dipindahkan ke tempat lain, kecuali bahagian milik Pejabat Iklim Shanghai. Tanah makam ini telah kembali kepada keadaan awalnya,[9]:71 dan pokok yang sebelum ini ditebang telah ditanam semula,[13]:93 di mana tanah sekitarnya dibuka sebagai Taman Nandan (Cina Ringkas: 南丹公园, Cina Tradisional: 南丹公園, Pinyin: Nándān gōngyuán).[2] Pada zaman Revolusi Kebudayaan, seluruh struktur di dalam taman makam ini hancur hampir keseluruhannya; bunga-bunga, prasasti dan patung-patung batu yang baru dibuat mengalami kerosakan dan tanah makam dijadikan gudang. Taman makam ini kemudiannya dibangunkan semula[9]:71 oleh Jabatan Taman Shanghai yang bekerjasama dengan Pejabat Budaya Shanghai.[14] Pada tahun 1980, ahli matematik Su Buqing menulis tulisan nisan dan mendirikannya di hadapan makam Xu. Pada tahun 1981, pagar di sekeliling makam dibangunkan semula dan kawasan sekitarnya ditanam dengan pokok juniper Cina (Juniperus chinensis L. var. kaizuka).[12] Pada tahun 1983, taman makam ini diperbaiki semula, dan sekitar 15 meter daripada makam itu didirikan patung granit Xu Guangqi separa dada, dengan ketinggian 1.2 meter (ditambah platform menjadi 1.6 meter)[15][12][a] beserta sebuah plakad.[10]:65 Di sekeliling makam seluas 150 meter persegi ini turut dibangunkan dengan ruang pejalan, pokok-pokok dan beberapa buah bangku batu.[12] Pada April 2012, dua tugu pipih yang berisi tulisan daripada Ruan Yuan (ilmuwan dari zaman wangsa Qing) dan Zhu Kezhen (ahli kaji cuaca dan falak).[16] Selain itu dua ukiran peringatan juga disiapkan pada tempoh yang sama.[17]

Struktur taman sunting

Taman makam ini berada di sebelah utara Taman Guangqi, dengan keluasan mencapai 3,000 meter persegi (0.74 ekar).[15][18] Di dalam taman makam ini, terdapat sepuluh makam; makam utama adalah milik Xu Guangqi dan isterinya, Wushi dan ia dikelilingi oleh makam empat cucu lelaki dan perempuannya.[15] Timbunan tanah makam berbentuk bujur mencapai ketinggian 2.2 meter (7.2 ka) dan keluasan 300 meter persegi (0.074 ekar) dikelilingi dengan tembok granit yang dibina, diatasnya ditumbuhi dengan rumput hijau dan bahagian depan makam terdapat pokok-pokok cendana, sedar dan suduayah.[12] Di hadapan makam juga terdapat nisan yang bertulis lima aksara Han (徐光启之墓) yang bererti "Makam Xu Guangqi", di mana ia ditulis oleh Su Buqing.[15]

Bahagian kiri dan kanan makam terdapat bangku batu, di depannya terdapat dua ekor patung kuda batu dari wangsa Qing. Selain itu, terdapat patung binatang lain juga seperti biri-biri, gajah dan anjing yang masing-masing berpasangan serta satu salib besar.[19] Di bahagian timur makam terdapat teres untuk beristirahat, di mana dalamnya terdapat prasasti berbentuk 12 buah buku yang berisi dengan gambar-gambar Xu Guangqi, koleksi catatan sejarah dari zaman akhir wangsa Ming dan awal wangsa Qing, "Catatan Xu Guangxi" (徐光启传) yang ditulis oleh Zha Jizuo, manuskrip yang ditulis sendiri oleh Xu iaitu "Menyelidik Elemen" (刻《幾何原本》序), tulisan peribadi dan surat-surat serta puisi dari wangsa Tang oleh Li Qi. Terdapat juga sebuah prasasti, tiga pasang di depan empat tiang yang tertulis: "Makam Ilmuwan Besar Wangsa Ming, Guru Putera, Menteri Upacara dan Ilmuwan Sekolah Wenyuan'ge". Di atas dan bawah prasasti ini terdapat kuplet bertulis "治历明农百世师经天纬地" untuk bahagian atas[14] dan "出将入相一个臣奋武揆文" bagi bahagian bawah.[20]

Pemuliharaan sunting

Dari 26 Mac 1959 hingga 7 Disember 1977, makam Xu Guangqi berada dalam senarai kerja pemuliharaan Pejabat Kebudayaan Shanghai.[2] Pada 13 Januari 1988, makam ini telah dimasukkan ke dalam senarai edisi ketiga Tapak Sejarah dan Budaya Utama Dilindungi di Peringkat Kebangsaan oleh Dewan Negara China.[3] Pada tahun 2003, makam ini dimasukkan ke dalam Tapak Pendidikan Patriotisme oleh pihak bandaraya Shanghai.[21] Pejabat pendidikan dan budaya daerah Xuhui bandaraya Shanghai[22] membuat kunjungan ke makam Xu Guangqi setiap tahun pada hari Qingming bagi membersihkan kawasan serta memberikan bunga[23][24] dan ucapan.[22][16][25]

Pada tahun 2006, isi daripada tulisan nisan Latin Xu Guangqi yang hilang ditemui semula dan dibangunkan berdasarkan pada gambar di sebuah majalah tahun 1920-an. Ditemukan bahawa Xu Guangqi merupakan seseorang yang pernah menganut Katolik dan mempunyai nama pembaptisan Paulus.[26] Pada tahun 2007, nisan Xu Guangqi dijumpai secara tidak sengaja di dalam runtuhan. Nisan tersebut berukuran 1 meter persegi (11 ka2) dengan sisinya sudah mulai musnah. Nisan ini kemudiannya diletakkan di antara bunga-bunga di taman makam.[27]

Catatan sunting

  • ↑[a] 该雕像后来被移动到了徐光启纪念馆中。 [Patung ini kemudiannya dipindahkan ke Dewan Peringatan Xu Guangqi] [28]

Rujukan sunting

  1. ^ 赵社民 (1 September 2000). 中华名人墓葬 [Makam Orang Ternama China]. Beijing: 宗教文化出版社. m/s. 481. ISBN 9787801232816.
  2. ^ a b c 曹永康; 陈凌; 谭玉峰 (Januari 2005). "徐光启墓复原研究" [Kajian Pemulihan Makam Xu Guangqi]. 古建园林技术: 9–17. Dicapai pada 28 Januari 2015.
  3. ^ a b "国务院关于公布第三批全国重点文物保护单位的通知" [Notis Dewan Negara mengenai Pengumuman Kumpulan Ketiga Tapak Sejarah dan Budaya Utama Dilindungi di Peringkat Kebangsaan]. 中华人民共和国国家文物局. 6 Jun 2012. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  4. ^ 《明史·列传一百三十九·徐光启传》: 从西洋人利玛窦学天文、历算、火器,尽其术。
  5. ^ 《明史·列传一百三十九·徐光启传》: (崇祯)四年春正月, 光启进《日躔历指》一卷、《测天约说》二卷、《大测》二卷、《日躔表》二卷、《割圜八线表》六卷、《黄道升度》七卷、《黄赤距度表》一卷、《通率表》一卷。是冬十月辛丑朔日食, 复上测候四说。其辩时差里差之法, 最为详密。
  6. ^ 《明史·列传一百三十九·徐光启传》:遂遍习兵机、屯田、盐策、水利诸书。
  7. ^ "后学楷模徐光启" [Model Pembelajaran Padat Xu Guangqi]. Berita Petang Qingdao. 19 Januari 2015. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  8. ^ 《明史·列传一百三十九·徐光启传》: 五年五月,以本官兼东阁大学士,入参机务,与郑以伟并命。寻加太子太保,进文渊阁。光启雅负经济才, 有志用世。及柄用,年已老,值周延儒、温体仁专政,不能有所建白。明年十月卒。赠少保。
  9. ^ a b c d e 袁一锋 主编, penyunting (1 Januari 1994). 上海观光指南 [Panduan Bersiar-siar di Shanghai]. Shanghai: 上海文化出版社. m/s. 240. ISBN 7-80511-679-2.
  10. ^ a b 中国文物报社编 (1 September 1989). 中华名人墓葬 [Makam Orang Ternama China]. Beijing: 文物出版社. m/s. 241. ISBN 9787501001651.
  11. ^ 张伯山、王金堂 主编, penyunting (1 Januari 1998). 中国自然与人文景观集成 [Penyepaduan Landskap Semulajadi dan Budaya China]. Beijing: 光明日报出版社. m/s. 373. ISBN 7-80145-059-0.
  12. ^ a b c d e "上海市徐汇区地方志·文化·文物史迹·徐光启墓". Pejabat Rekod Tempatan Shanghai. 15 Oktober 2007. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  13. ^ 徐君峰; 薛放 (1 November 2001). 上海观光指南 [Panduan Bersiar-siar di Shanghai]. Xi'an: 陕西旅游出版社. m/s. 159. ISBN 7-5418-1791-0.
  14. ^ a b "上海文物博物馆志·文物古迹·名人故居、祠、墓、纪念碑 ·墓". 上海市地方志办公室. 15 Julai 2007. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  15. ^ a b c d "上海园林志·公园·纪念性公园·光启公园". 上海市地方志办公室. 15 Oktober 2007. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  16. ^ a b "徐光启石碑在光启公园揭幕". 东方网. 23 April 2012. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  17. ^ "光启公园将再添两座徐光启雕塑". 东方网. 17 April 2012. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  18. ^ 吴超; 顾雯; 赵小芸; 陆青青; 金佩璐; 白璇煜; 张婷婷 (April 2001). "上海历史名人墓地寻访实录". 文汇报: 12.
  19. ^ "上海地名志·经济文化地名·文化类·纪念地". 上海市地方志办公室. 15 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2014. Dicapai pada 9 Februari 2015. Cite has empty unknown parameter: |deadurl= (bantuan)
  20. ^ "上海名园志·光启公园". 上海市地方志办公室. 15 Oktober 2007. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  21. ^ 栗蔚菁 (Jun 2003). "徐光启墓修复方案诞生始末" [Lahirnya rancangan pemuliharaan Makam Xu Guangqi]. 科技日报 (dalam bahasa Cina).
  22. ^ a b "徐汇举办徐光启清明祭扫活动" (dalam bahasa Cina). 新浪新闻. 6 April 2007. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  23. ^ "徐汇区在徐光启墓地举办清明祭扫仪式" (dalam bahasa Cina). 上海科普网. 2 April 2011. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  24. ^ "徐汇区祭扫徐光启 向徐光启墓敬献花篮和鲜花" (dalam bahasa Cina). 上海新闻. 5 April 2013. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  25. ^ "徐汇举办徐光启清明祭扫活动" (dalam bahasa Cina). 凤凰新闻. 5 April 2014. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  26. ^ "上海寻找到366年前徐光启墓碑及墓志铭" (dalam bahasa Cina). 腾讯新闻. 15 Oktober 2007. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  27. ^ "徐光启曾有个"洋名"叫保罗" (dalam bahasa Cina). 新浪新闻中心. 14 Oktober 2007. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  28. ^ "徐汇各界人士祭扫徐光启墓". 网易新闻. 5 April 2010. Dicapai pada 9 Februari 2015.

Pautan luar sunting