Makan malam Hari Kesyukuran

Tumpuan kontemporari bagi Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dan Kanada adalah makan besar, secara amnya tertumpu kepada ayam belanda panggang yang besar. Majoriti hidangan dalam versi makan malam Hari Kesyukuran tradisional Amerika dihasilkan daripada makanan asli Dunia Baru, kerana mengikut tradisi Penziarah menerima makanan ini dari orang asli Amerika. [1]

Satu majlis makan malam Kesyukuran tradisional

Menu bersejarah sunting

 
Menu makan malam Hari Kesyukuran 1943 dari USS Wake Island (CVE-65)

Menurut apa yang secara tradisinya dikenali sebagai "Kesyukuran Pertama," jamuan kenduri tahun 1621 di antara Penziarah dan juga Wampanoag di Koloni Plymouth terkandung ayam belanda, unggas air, daging rusa, ikan, udang kara, kima, beri, buah, labu dan skuasy. William Bradford berkata, "selain unggas air, ada simpanan besar ayam belanda liar, di mana mereka mengambil banyak."[2] Kebanyakan makanan yang telah dimasukkan dalam jamuan pertama (kecuali, terutamanya, makanan laut) sejak itu menjadi ruji makan malam Kesyukuran moden.

Penggunaan ayam belanda di Amerika Syarikat untuk Kesyukuran mendahului nasionalisasi cuti tersebut oleh Lincoln pada tahun 1863. Alexander Hamilton menyatakan bahawa tidak ada seorangpun "Warga Amerika Syarikat harus mengelakkan diri daripada ayam belanda pada Hari Kesyukuran," dan banyak Bapa Pengasas (terutamanya Benjamin Franklin) meletakkan kepercayaan tinggi untuk ayam belanda liar sebagai ikon Amerika, tetapi ayam belanda adalah sesuatu yang luar biasa sebagai makanan Kesyukuran sehingga selepas 1800. Menjelang 1857, ayam belanda telah menjadi sebahagian daripada makan malam tradisional di New England.[3]

Satu majlis makan malam Hari Kesyukuran dihidangkan kepada Kor Pemeliharaan Awam pada tahun 1935 termasuk: jeruk, zaitun hijau, saderi, ayam belanda panggang, stew tiram, sos kranberi, kuah giblet, pucuk asparagus berkrim, kentang salji, lobak merah bakar, gulung panas, salad buah, pai daging cincang, kek buah-buahan, gula-gula, anggur, epal, kima, ikan, dan banyak makanan hasil tuaian lain.[4]

White House Cook Book, 1887, oleh Puan F.L. Gillette, et al., mempunyai menu yang berikut: tiram pada separuh cangkerang, krim sup ayam, smelt goreng, sos tartare, ayam belanda panggang, sos kranberi, kentang lecek, skuasy bakar, bawang rebus, parsnip cucur, buah zaitun, salad ayam, pastri daging rusa, pai labu, pai daging kisar, Charlotte russe, ais krim badam, lemon jeli, kek kacang jemuju, keju, buah-buahan dan kopi.[5]

Ayam belanda sunting

 
Ayam belanda panggangan ketuhar

Ayam belanda menjadi hidangan utama yang paling biasa bagi makan malam Kesyukuran, Hari Kesyukuran kadang-kadang diberi jolokan "Hari Ayam Belanda." Pada tahun 2006, penternak ayam belanda Amerika telah dijangka membekalkan 270 juta ekor ayam belanda, untuk diproses menjadi lima bilion paun daging ayam belanda bernilai hampir AS$ 8 bilion, dengan satu pertiga daripada semua penggunaan ayam belanda berlaku dalam musim Hari Kesyukuran-Krismas, dan penggunaan per kapita mencecah hampir 18 paun (8.2 kg).[6] Ayam belanda Putih Berdada Bidang diternak terutamanya untuk makan malam Hari Kesyukuran dan hari-hari perayaan besar; saiznya yang besar (spesimen boleh berkembang kepada lebih 40 paun) dan kandungan daging menjadikannya sesuai untuk perayaan, walaupun baka mesti dibiakkan secara buatan dan mengalami masalah kesihatan kerana saiznya.

Kebanyakan ayam belanda Hari Kesyukuran disumbat inti campuran berasaskan roti dan panggangan. Sej adalah herba tradisional ditambah kepada inti (juga dikenali sebagai perisa), bersama-sama dengan saderi, lobak merah, dan bawang cincang. Bahan-bahan lain, seperti buah berangan cincang atau kacang pokok lain, sosej atau daging bakon hancur, kranberi, kismis, atau epal, boleh ditambah kepada inti. Ayam belanda goreng celur semakin meningkat popularitinya ekoran masa penyediaan yang lebih pendek, tetapi membawa kepada risiko keselamatan.

Alternatif untuk ayam belanda sunting

Makanan bukan tradisional selain daripada ayam belanda kadang-kadang disaji sebagai hidangan utama untuk makan malam Hari Kesyukuran. Ham sering dihidangkan bersama ayam belanda dalam banyak keluarga yang bukan tradisional. Angsa dan itik, makanan yang dahulunya merupakan menu utama makan malam tradisional Krismas Eropah, kini kadang-kadang disaji bagi menggantikan ayam belanda Kesyukuran. Ada kalanya, ayam atau unggas tempatan juga digunakan; sebagai contoh, satu artikel dalam majalah Texas Monthly mencadangkan burung puyuh sebagai hidangan utama untuk perayaan Hari Kesyukuran di Texas. John Madden, yang muncul di televisyen untuk perlawanan Hari Kesyukuran NFL 1981-2001, sering menganjurkan turducken kesukaan beliau, ayam belanda, itik dan ayam dinyahtulang dan dimasukkan di dalam satu sama lain kemudian dimasak.[7] Di beberapa kawasan Pantai Barat Amerika Syarikat, ketam Dungeness adalah biasa sebagai hidangan utama alternatif, kerana musim ketam bermula pada awal November. Begitu juga, Hari Kesyukuran jatuh pada musim memburu rusa di Timur Laut Amerika Syarikat, yang menggalakkan penggunaan daging rusa sebagai menu utama. Kadang kala, kelainan resipi untuk memasak ayam belanda digunakan; contohnya, resipi Cina untuk angsa boleh digunakan pada burung Amerika yang sama saiz. Vegetarian atau vegan mungkin menggunakan pengganti berasaskan tauhu; Field Roast, yang merupakan produk berasaskan gandum; atau hidangan khas bermusim, seperti skuasy sumbat. Di perkampungan Alaska, daging ikan paus kadang-kadang dimakan.[8] Pendatang Ireland yang telah diketahui mempunyai tulang rusuk utama lembu sebagai tunjang hidangan mereka memandangkan dahulunya daging lembu susah sekali untuk didapati di Ireland; keluarga akan menyimpan wang untuk hidangan ini sebagai menandakan kemakmuran dan harapan yang baru ditemui.

Rujukan sunting

  1. ^ Dickson, James G. (1992). The Wild Turkey: Biology and Management. National Wild Turkey Federation. Harrisburg, PA: Stackpole Books. m/s. 10. ISBN 978-0-8117-1859-2.
  2. ^ Bradford, Of Plymouth Plantation 1620–1647, p. 100.
  3. ^ Davis, Karen (2001). More Than a Meal: The Turkey in History, Myth, Ritual, and Reality. New York: Lantern Books. m/s. 53. ISBN 978-1-930051-88-1.
  4. ^ Smith, Kathy M. (2001). Gold Medal CCC Company 1538: A Documentary. Paducah, KY: Turner Pub. Co. m/s. 98. ISBN 978-1-56311-642-1.
  5. ^ "The Project Gutenberg eBook of The White House Cookbook, by Mrs. F.L. Gillette & Hugo Ziemann". Gutenberg.org. 2004-11-02. Dicapai pada 2014-02-13.
  6. ^ Briggs, Mike (July 17, 2006). "Regional Farm Bill field hearing: Cape Girardeau, MO". U.S. Senate Committee on Agriculture, Nutrition & Forestry.
  7. ^ Hart, Jay (2012-11-21). "Boom! Catching up with John Madden to talk all things ... turducken | Shutdown Corner – Yahoo Sports Canada". Ca.sports.yahoo.com. Dicapai pada 2014-02-13.
  8. ^ http://hosted.ap.org/dynamic/stories/A/ALASKA_THANKSGIVING?SITE=NYPLA&SECTION=HOME&TEMPLATE=DEFAULT

Templat:Thanksgiving