Metro Mekah, atau rasminya dalam bahasa Arab: Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro bermaksud Kereta api Tanah Suci adalah perkhidmatan kereta api sepanjang 18.1 kilometer di kota Mekah , Arab Saudi yang mula dibuka pada November 2010. Kereta api ini dikendalikan oleh China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) bagi memberi perkhidmatan pengangkutan melalui rel kepada jemaah haji antara Arafah ke [Mina]]. Sistem pengangkutan kereta api ini diperlukan untuk mengangkut 3 juta jemaah haji serentak. Laluan kereta api yg dibuka ini adalah Metro Mekah Laluan B iaitu sebahagian daripada 4 laluan yang dicadangkan untuk Metro Mekah.

Metro Mekah
Umum
JenisElevated rail
SistemRapid transit
StatusPhase I open[1]
LokasiMecca
TerminalResaifah
Arafat
Stesen15
Perkhidmatan5
Operasi
Dibuka13 November 2010[1]
PemilikMakkah Mass Rail Transit Co.
Stok kereta apiChangchun Railway Vehicles
Teknikal
Panjang aliran18.1 kilometer (11.2 bt)
Bilangan landasan4
Tolok landasan1435 mm
Kelajuan operasi100 km/j (62 mph)

Latar belakang sunting

Metro Mekah adalah sistem pengangkutan jemaah haji antara tempat suci di Mekah, Arafah , Muzdalifah dan Mina untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh bas dan kereta semasa Haji . Ia juga akan membawa jemaah melaksanakan ibadah Umrah sepanjang tahun. Sebaik sahaja selesai, kerajaan Arab Saudi menganggarkan 53.000 buah bas akan hilang dari jalan raya yang sesak.

Metro Mekah itu dibuka pada 13 November 2010 untuk memudahkan jemaah mengerjakan haji antara 25 dan 29 November 2010 dan seterusnya.Kapasiti penumpang sekitar 35% dengan perlindungan kereta api automatik untuk membantu memandu manual.

Ketinggian landasan berbeza-beza di antara 8 meter dan 10 meter Ia direka bentuk untuk membawa sehingga 72.000 penumpang semasa Haji 2011.Kereta api ini menggunakan roda keluli konvensional kepada teknologi kereta api, ia kadang-kadang disebut sebagai ' monorail '.

Petugas sementara dari KTMB sunting

Presiden Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan menyatakan bahawa Makkah Mass Rail Transit Co. telah meminta KTMB menambah petugas dari 65 kepada 200 orang pada tahun 2011. [2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan opening tidak disediakan
  2. ^ Musim haji: Makkah Metro tambah jumlah pekerja KTMB