Maklumat dalam Islam

Islam amat mementingkan kekayaan maklumat untuk umat manusia. Maklumat boleh dijelaskan mengikut prinsip pengurusan maklumat sebagai data yang telah diproses dan ia dilihat berguna dan bermanfaat kepada manusia. Hal ini sama dalam konteks maklumat dalam Islam. Hanya maklumat yang berguna dan bermanfaat sahaja yang dibenarkan.

Sumber maklumat dan ilmu sunting

Dalam konteks sumber maklumat. Islam dan Barat mempunyai persamaan dari segi jenis-jenis sumber maklumat dan ilmu (premier, sekunder & tertiar) tetapi mempunyai perbezaan menerusi maksud dan sumbernya.

  • Premier
Islam : Sumber mutlak yang tidak boleh dipertikaikan kesahihannya & menjadi tunjang kepada sumber-sumber yang lain ( al-Quran & as-Sunnah )
Barat : Sumber maklumat yang didapati langsung dari autoritinya ( first hand information ) seperti tesis, surat, jurnal dsb
  • Sekunder
Islam : Sumber yang dipakejkan buat kali kedua berasaskan sumber pertama ( ijma’, qias, masalih al-musalah, fatwa sahabat, amal penduduk Madinah, informasi dari tamadun lain )
Barat : Sumber alternatif yang menjelaskan sumber premier ( indeks, abstrak, rumusan, bibliografi dsb )
  • Tertiar
Islam : sumber maklumat & ilmu yang dikembangkan daripada sumber sekunder yang memungkinkan terhasilnya ilmu-ilmu baru
Barat : Sebuah maklumat tentang maklumat-maklumat berkaitan maklumat-maklumat yang lain. ( bibliografi untuk bibliografi, buku tahunan dsb )

Ciri-ciri maklumat muktabar sunting

  • Authoriti yang adil
  • Menegah penyebaran maklumat palsu
  • Perlu memeriksa sumber sesuatu maklumat itu
  • Orang fasik tidak boleh dijadikan sumber maklumat kerana tidak memiliki sifat-sifat terpuji atau tidak berupaya memproses dan mengakses maklumat dalam bentuk yang tepat & benar
  • Berlandaskan wahyu ( al-Quran & as-Sunnah )
  • Sebagai contoh sekumpulan saintis / penyelidik menemui bahawa babi boleh menyihatkan tubuh badan
  • Kefahaman & kepakaran diyakini umum
  • Kecanggihan dunia tanpa sempadan menyebabkan maklumat boleh disebarkan tanpa menyatakan siapa yang menyebarkannya.
  • Pengaksesan maklumat perlulah meneliti samaada penulis atau organisasi tersebut boleh dipercayai atau tidak

Falsafah sunting

  • Al-Haq ( kebenaran ) : menyebarkan maklumat yang benar sahaja
  • Aplikabiliti ( berfaedah ) : menyebarkan maklumat yang berfaedah
  • Reliabiliti ( sahih ) : memilih sumber maklumat yang telah disahkan kesahihannya oleh profesional

Peranan institusi maklumat sunting

  • Mencapai makrifah diri & tauhid
  • Mencapai objektif penciptaan manusia
  • Melahirkan masyarakat berilmu & bertakwa
  • Khair Ummah
    • membentuk ummah terbaik
    • umat Muhammad umat terbaik kerana dikurniakan akal & kelebihan Quran
  • Memimpin dunia & kemajuan hidup

Prinsip etika maklumat profetik sunting

  • Siddiq ( benar )
    • Menyampaikan maklumat yang benar
  • Amanah ( bertanggungjawab )
    • Islam menolak sebarang bentuk permasalahan seperti cetak rompak
  • Tabliq ( menyampaikan )
    • Menyampaikan kepada mereka yang memerlukan
    • Menyampaikan kepada pengguna dan bukannya menunggu mereka datang kepada kita
  • Fatanah ( profesional )
    • Bijak membuat keputusan
    • Untuk mengelak lambakan maklumat (information overload)
  • Adalah ( keintegritian )
    • Tidak fasik
    • Dipercayai & mempunyai tinggi tahap authoritinya
    • Selaras dengan konsep adil dalam Islam ( diyakini imannya, dipercayai umum, & dihormati )

Prinsip komunikasi dalam pengurusan maklumat sunting

  • Qaulan Sadida
    • Menyebar maklumat tanpa tokok-tambah
    • Memelihara keaslian maklumat
  • Qaulan Marufa
    • Maklumat berisi kebenaran & kebaikan
    • Mengelak unsur-unsur negatif
  • Qaulan Baligha
    • Menyebar maklumat dlm bentuk efektif & berkesan
    • Memastikan kefahaman & penerimaan audiens
    • Mengelakkan penyebaran maklumat tidak berfaedah
    • Perlu meneliti & menganalisis maklumat sebelum disebarkan
  • Qaulan Maisura
    • Maklumat perlu disebarkan dalam bentuk mudah
  • Qaulan Karima
    • Menggunakan bahasa positif
    • Mengandungi rasa hormat
    • Tidak memperlekeh audiens

Pusat revolusi maklumat Islam sunting

  • Madinah
    • Terawal & dibimbing oleh Rasulullah
    • Masjid, al-Kuttab, As Suffah
  • Baghdad
    • Bayt Al Hikmah
    • Universiti, Planetarium & perpustakaan
  • Cardova / Sepanyol
    • Kota intelektual terawal Eropah
    • Perpustakaan terbesar Eropah
    • Universiti
  • Kaherah
    • Universiti tertua dunia ( al-Azhar )
    • Dar Al-Hikmah ( Pustaka terbesar Afrika )