Makoto Kobayashi (ahli fizik)

Makoto Kobayashi (Jepun: 小林 誠, Hepburn: KOBAYASHI Makoto, dilahirkan pada April 7 1944, di Nagoya, Jepun) ialah seorang ahli fizik Jepun yang terkenal dengan kajiannya berkaitan pelanggaran CP dan dianugerahkan seperempat Hadiah Nobel Fizik pada tahun 2018 "atas penemuan asal usul simetri pecahan yang meramalkan kewujudan sekurang-kurangnya tiga keluarga kuark dalam alam."[1]

小林 誠
Makoto Kobayashi
Kobayashi (2008)
Kelahiran (1944-04-07) 7 April 1944 (umur 79)
KerakyatanJepun
Pusat pendidikanUniversiti Nagoya
Terkenal keranaPelanggaran CP
Matriks CKM
AnugerahHadiah Sakurai (1985)
Hadiah Akademi Jepun (1985)
Hadiah Asahi (1995)
Hadiah Fizik Zarah dan Tenaga Tinggi (2007)
Hadiah Nobel Fizik (2008)
Kerjaya saintifik
BidangFizik tenaga tinggi (teori)
InstitusiUniversiti Kyoto
Persatuan Penyelidikan Pemecut Tenaga Tinggi
Penasihat kedoktoranShoichi Sakata

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Makoto Kobayashi dilahirkan di Nagoya, Jepun pada 1944.[2][3] Ketika berusia dua tahun, bapanya Hisashi meninggal dunia. Rumah keluarga Kobayashi hancur semasa peristiwa Pengeboman Nagoya, maka mereka tinggal di rumah keluarga ibunya (nama keluarga Kaifu). Salah seorang sepupu Makoto, Toshiki Kaifu, Perdana Menteri Jepun ke-51, tinggal bersamanya.[4] Sepupunya yang lain pula, Norio Kaifu, merupakan seorang ahli astronomi.[5] Bertahun-tahun kemudian, Toshiki Kaifu mengenangkan Kobayashi: "semasa kecil, dia senyap dan baik, dan selalu membaca buku yang sukar di bilik saya. Saya rasa ketika inilah dia mula berubah secara tiba-tiba menjadi genius."[4]

Setelah menamatkan pengajian di Pusat Pengajian Sains Universiti Nagoya pada tahun 1967,[2]</ref>[3]</ref> dia memperoleh ijazah DSc daripada Pusat Pengajian Sarjana Sains Universiti Nagoya pada tahun 1972.[6] Semasa zaman pelajarannya, dia dibimbing oleh Shoichi Sakata dan lain-lain.

Kerjaya sunting

 
Nicola Cabibbo dan Makoto Kobayashi
 
Paul Krugman, Roger Tsien, Martin Chalfie, Osamu Shimomura, Makoto Kobayashi dan Toshihide Masukawa, Pemenang Hadiah Nobel 2008, pada sidang media di Akademi Sains Sweden di Stockholm.

Setelah menamatkan penyelidikan kedoktorannya di Universiti Nagoya pada tahun 1972, Kobayashi bekerja sebagai rakan penyelidik dalam bidang fizik zarah di Universiti Kyoto. Bersama rakannya, Toshihide Maskawa, dia berusaha menjelaskan pelanggaran CP di dalam Model Piawai fizik zarah. Teori Kobayashi dan Maskawa mensyaratkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga generasi kuark, satu ramalan yang disahkan eksperimen empat tahun kemudian menerusi penemuan kuark bawah.

Makalah Kobayashi dan Maskawa, "CP Violation in the Renormalizable Theory of Weak Interaction"[7] diterbitkan pada 1973, merupakan sebuah makalah fizik tenaga tinggi yang keempat paling banyak dirujuk sepanjang masa setakat tahun 2010.[8] Matriks Cabibbo–Kobayashi–Maskawa, yang mentakrifkan parameter pencampuran antara kuark adalah hasil makalah ini. Kobayashi dan Maskawa bersama-sama dianugerahkan separuh daripada Hadiah Nobel Fizik 2008 untuk makalah ini, dan separuh lagi diberikan kepada Yoichiro Nambu.[1]</ref>

Untuk menghargai sumbangan ketiga-tiga pemenang Nobel ini, arca-arca gangsa Shin'ichirō Tomonaga, Leo Esaki, dan Makoto Kobayashi didirikan di Central Park Azuma 2 di Tsukuba City pada 2015.[9]

Rekod profesional sunting

  • April 1972 – Rakan Penyelidik di Fakulti Sains, Universiti Kyoto
  • Julai 1979 – Profesor Madya di National Laboratory of High Energy Physics (KEK)
  • April 1989 – Profesor di Makmal Fizik Tenaga Tinggi Nasional (KEK), Ketua Bahagian Fizik II
  • April 1997 – Profesor di Institut Sains Zarah dan Nuklear, KEK, Ketua Bahagian Fizik II
  • April 2003 – Pengarah, Institut Kajian Zarah dan Nuklear, KEK
  • April 2004 – Pemegang Amanah (Pengarah, Institut Kajian Zarah dan Nuklear), KEK (Perbadanan Institut Penyelidikan Antara Universiti)
  • Jun 2006 – Profesor Emeritus di KEK
  • 2008 – Profesor Universiti Jemputan Ulung di Universiti Nagoya
  • 2009
    • Profesor Kehormat Khas di KEK
    • Pemegang Amanah dan Pengarah di Institut Sistem Akademik, Persatuan Jepun Promosi Sains
    • Profesor Universiti di Universiti Nagoya
  • 2010
    • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat di Institut Kobayashi–Maskawa untuk Asal Usul Zarah dan Alam Semesta (KMI) di Universiti Nagoya
    • Ahli Akademi Jepun
  • 2016 – Penyelia (superadvisor) di Yokohama Science Frontier High School
  • April 2018 – Pengarah Institut Kobayashi–Maskawa untuk Asal Usul Zarah dan Alam Semesta (KMI) di Universiti Nagoya
  • 2019 – Pengarah Kehormat Kedua di Muzium Sains Bandar Nagoya
  • April 2020 – Pengarah Emeritus KMI di Universiti Nagoya

Pengiktirafan sunting

  • 1979 – Hadiah Peringatan Nishina
  • 1985 – Hadiah Sakurai
  • 1995 – Hadiah Asahi
  • 2001 – Person of Cultural Merit
  • 2007 – Hadiah Fizik Zarah dan Tenaga Tinggi oleh Persatuan Fizikal Eropah
  • 2008 – Hadiah Nobel Fizik
  • Pada Oktober 2008, Kobayashi dianugerahkan Order of Culture Jepun; dan majlis penganugerahaan Order of Culture dijalankan di Istana Maharaja Tokyo.
  • 2010 – Ahli Akademi Jepun

Kehidupan peribadi sunting

Kobayashi dilahirkan dan belajar di Nagoya, Jepun. Dia mengahwini Sachiko Enomoto pada 1975; mereka mempunyai seorang anak lelaki, Junichiro. Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, Kobayashi mengahwini Emiko Nakayama pada 1990, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Yuka.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b The Nobel Prize in Physics 2008, The Nobel Foundation, dicapai pada 2009-10-17
  2. ^ a b "Makoto Kobayashi" (Siaran akhbar). High Energy Accelerator Research Organization. 6 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2008. Dicapai pada 2008-10-04.
  3. ^ a b L. Hoddeson (1977). "Flavor Mixing and CP Violation". The Rise of the Standard Model. Cambridge University Press. m/s. 137. ISBN 0-521-57816-7.
  4. ^ a b "英語、大嫌い 授賞式が初の海外 ノーベル賞益川氏". asahi.com(朝日新聞社). 2008-10-07. Dicapai pada 2009-11-26.
  5. ^ Kobayashi, Makoto (2008). "The Nobel Prize in Physics 2008". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 26, 2019. Dicapai pada 2019-04-23.
  6. ^ Makoto Kobayashi - website of Nagoya University
  7. ^ M. Kobayashi, T. Maskawa (1973). "CP-Violation in the Renormalizable Theory of Weak Interaction". Progress of Theoretical Physics. 49 (2): 652–657. Bibcode:1973PThPh..49..652K. doi:10.1143/PTP.49.652.
  8. ^ "Top Cited Articles of All Time (2010 edition)". SPIRES database. Dicapai pada 2014-06-21.
  9. ^ ノーベル賞:江崎、小林、朝永氏の銅像やレリーフ設置 完成記念式でお披露目 「子どもが夢を」−−つくば・中央公園 /茨城 - 毎日新聞 Diarkibkan 2015-04-24 di Wayback Machine
  10. ^ Biografi Makoto Kobayashi di nobelprize.org, dicapai pada 2021-08-24.