Makoto Raiku (雷句誠 Raiku Makoto, dilahirkan pada 23 Ogos, 1974) ialah seorang mangaka yang karyanya muncul dan terkenal di terbitan Shogakukan, Shonen Sunday. Bermula sebagai seorang pembantu kepada Kazuhiro Fujita dalam manga Ushio & Tora, beliau mula mencipta beberapa manga pendek untuk antologi manga shonen seperti Bird Man (mengenai juruterbang muda), Hero Ba-Ban (mengenai periang, tapi superhero lemah) dan Genmai Blade. PAda 1999, beliau mencipta siri New Town Heroes, yang mana diterbitkan dalam Shonen Sunday Super, terbitan bermusim memaparkan mangaka akan datang dan komik pendek dari buku utama Sunday.

Pada 2001, Raiku memeulakan siri manga Konjiki no Gash!!, yang mula diterbitkan dalam Shonen Sunday, Shogakukan, dan pada 2003, menginspirasikan sebuah versi anime (Konjiki no Gash Bell) dikeluarkan Toei Animation. Kedua-dua versi sangat popular di Jepun. Di A.S., kedua-dua manga dan anime dikenali sebagai Zatch Bell!. Dalam satu bab manga Zatch Bell!, Raiku membuat kemunculan dengan ceritanya sendiri, dan juga memainkan peranan rakan Ponygon dalam permainan, Zatch Bell!: Electric Arena.

Karya-karya Raiku termasuklah:

  • Konjiki no Gash (Zatch Bell!)
  • Bird Man
  • Nyūtaun Hīrōzu ("Newtown Heroes") (ニュータウン・ヒーローズ)
  • Genmai Blade (玄米ブレード) ("genmai" ialah nasi mentah)

Lihat juga sunting