Buka menu utama

Maksiat menghalangi hidayahSunting

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata,

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat menyebabkan maksiat lain pulaSunting

Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.

Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Contoh maksiatSunting

  • Tidak mengaku persaksian 'Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah' .
  • Meninggalkan solat fardhu.
  • Tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
  • Tidak membayar zakat untuk harta yang disimpan bila cukup tempoh.
  • Tidak menunaikan Haji bila mampu.
  • Zina

Lihat jugaSunting