Maktab Rendah Sains MARA Lenggong

Koordinat: 5°02′05″N 100°57′17″E / 5.03483°N 100.95481°E / 5.03483; 100.95481

Maktab Rendah Sains MARA Lenggong (singkatan: MRSM Lenggong) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Lenggong, Perak. MRSM Lenggong merupakan antara 4 buah MRSM yang terletak di Daerah Hulu Perak selain MRSM Gerik, MRSM Pengkalan Hulu dan MRSM Sultan Azlan Shah. MRSM Lenggong sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi berilmu berteraskan Falsafah Pendidikan MRSM dan berdasarkan moto sekolah, iaitu "Go Beyond".

Maktab Rendah Sains MARA Lenggong
مكتب رنده ساءين س مارا لڠڬوڠ
Alamat
Changkat Berangan
Lenggong, 33400, Perak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Lenggong
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanApril 2001
StatusBeroperasi
PengetuaPuan Rahmatul Aida
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Puan Zurina binti Sukadis
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
Encik Hanif bin Che Hussain
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Zullkifli bin Muhammad
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganInnovation & Go Beyond
Nama alumniANSARA Lenggong
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022


Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

MRSM Lenggong mula dibangunkan pada 1 Disember 1998 setelah Majlis Pecah Tanah oleh YAB Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia ketika itu. Pada tanggal 1 Disember 1998, kerja-kerja penerokaan tanah dan pembersihan tapak dimulakan. Projek MRSM ini menelan belanja sebanyak 25.4 juta dan diselenggarakan oleh Pegawai Penguasa yang telah dilantik oleh pihak MARA sendiri, iaitu TECHART Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Projek dan AHA Architect Dasar Runding Sdn. Bhd. sebagai jurutera bangunan dan jurutera mekanikal elektrik.

Maktab yang bernilai 25.4 juta ini terdiri daripada 1 blok Pentadbiran, Akademik, Perpustakaan dan Bengkel Kemahiran Hidup, 1 blok Rumah Pengetua, 2 unit Rumah Penolong pengetua, 1 blok Rumah Guru (8 unit), 1 blok Rumah Pekerja dan 1 unit Pondok Pengawal yang mana kesemuanya terletak di atas Lot 2446, 2828, 2846, 3064 dan PT 391 di Mukim Temelong dan lot 1739, 2736, 2737 dan 2778 di Mukim Durian Pipit Daerah Hulu Perak.

 
Blok Pentadbiran dan Akademik

Maktab ini juga dikelilingi oleh kawasan rekreasi yang popular di negeri Perak iaitu Tasik Raban, Tasik Kota Tampan dan Hutan Simpan Lata Kekabu. MRSM Lenggong pada ketika ini dikendalikan oleh seorang Pengetua, 2 orang Penolong Pengetua, 55 orang guru dan 30 orang tenaga sokongan pentadbiran di samping pembekal makanan, cucian dan Perkhidmatan keselamatan (Metro Security) Sempena pembukaannya, satu Majlis Membaca Yassin telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.

Maktab yang siap sepenuhnya pada tahun 2001 ini mula mengambil kumpulan pelajarnya yang pertama pada 2 April 2001 dengan pendaftaran seramai 258 pelajar meliputi tingkatan 1 dan tingkatan 4. Bilanggannya adalah seramai 450 orang iaitu 10 kelas tingkatan 1 dan 5 kelas tingkatan 4. Kumpulan pertama pelajar MRSM Lenggong mengambil SPM adalah pada tahun 2002, manakala PMR pada tahun 2003.[1]Pelajar Tingkatan 2 2023 sangatlah bagus .


Lagu rasmi sunting

Lagu MRSM sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Lagu MRSM Lenggong 'GO BEYOND' sunting

Our school colors are brown and white
means ideal good and clean
resolve to follow courteous way
and ever truthful being
aim the best for our alma mater
now and forever
our school strive for the excellence
glorious in every way
forward with zeal and zest
Go Beyond MJSC Lenggong
We are the youth of the nation
Work hard to achieve
Our ambition to be the leader
For the future generation
GO BEYOND,GO BEYOND MJSC LENGGONG

Rujukan sunting

  1. ^ Sejarah Diarkibkan 2011-08-30 di Wayback Machine Laman Web Rasmi MRSM Lenggong


Lihat juga sunting