Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu

Koordinat: 5°43′05″N 100°59′27″E / 5.71793°N 100.99092°E / 5.71793; 100.99092

Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu (singkatan: MRSM Pengkalan Hulu) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak.

Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu
مكتب رنده ساءين س مارا ڤڠكالن هولو
Alamat
KM 1
Jalan Baling
Pengkalan Hulu, 33100, Perak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Pengkalan Hulu
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMei 2008
StatusBeroperasi
PengetuaUst. Shahariman bin Abdul Rahman
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Khairol Annuar bin Mohamad
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
Pn. Shazarina binti Soeib
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Md Jefri bin Abu Bakar
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganCerdik, Berakhlak, Bermanfaat
Nama alumniANSARA Pengkalan Hulu
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022

Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

MRSM Pengkalan Hulu mula dibina pada 21 Jun 2005 dan siap pada 16 November 2006. Walau bagaimanapun MRSM Pengkalan Hulu hanya mula dibuka dan beroperasi pada 5 Mei 2008. Sekolah ini dibina dengan kos sebanyak RM33 juta dengan keluasan tapak merangkumi 22 hektar (57 ekar).

MRSM Pengkalan Hulu diterajui oleh Tuan Haji Mustafar bin Che Mat selaku pengetua pertamanya. MRSM Pengkalan Hulu dapat menampung sejumlah 840 pelajar iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pelajar pertama melapor diri pada 9 Jun 2008. Jumlah pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang mendaftar adalah seramai 294 orang, iaitu pelajar Tingkatan Satu adalah seramai 107 orang. Manakala pelajar tingkatan Dua pula adalah seramai 109 orang. Pelajar Tingkatan Empat pula terdiri daripada 78 orang. Pengambilan pelajar baru yang mendaftar pada 16 Jun 2008 pula adalah seramai 95 orang.

Antara yang berdekatan dengan maktab ini adalah tempat tinggal anak yatim At-Taqwa. Maktab ini telah menganjurkan satu program yang merapatkan hubungan pelajar maktab ini dengan anak yatim At-Taqwa. Objektif utama program ini adalah untuk memotivasikan dan memberi sokongan kepada anak-anak yatim untuk mencapai kejayaan.

Maktab ini telah dinobatkan antara maktab yang terbaik semasa keputusan SPM pada tahun 2009 diumumkan. Maktab ini telah berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 42 buah maktab di Malaysia.

Pada 19 Disember 2013, Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu telah mencatat rekod baharu bagi pelajar Tingkatan 3 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah kali terakhir. Maktab ini telah berjaya menduduki kedudukan ke-4 antara 47 maktab di Malaysia, dan juga tergolong antara 20 terbaik dalam

senarai kedudukan Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Berasrama Penuh bagi keputusan PMR 2013.


Kemudahan sunting

Akademik dan pentadbiran sunting

MRSM Pengkalan Hulu mempunyai 28 buah kelas kesemuanya. Bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 & 3), terdapat 4 buah kelas bagi setiap tingkatan iaitu kelas 01 sehingga 04. Manakala bagi menengah atas (Tingkatan 4 & 5) pula, setiap tingkatan terdapat 8 buah kelas iaitu kelas 01 sehingga 08.

Mulai tahun 2019, MRSM Pengkalan Hulu telah menukarkan nama kelasnya kepada nama yang baharu iaitu Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Ibnu Batuta dan Ibnu Haytham bagi menengah rendah manakala Imperial, Princeton, Stanford, Auckland, Cambridge, Al-Azhar, Harvard dan Oxford bagi menengah atas.


Aktiviti sunting

Dalam institusi sunting

Sistem Homeroom atau sistem "keluarga angkat" dijalankan di setiap Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia. Setiap Homeroom dijaga oleh seorang guru penasihat dan terdiri daripada sebilangan pelajar dalam 16 orang sebagai sebuah "keluarga angkat". Antara peranan utama Homeroom adalah untuk menjaga kebajikan dan memantau perkembangan pelajar di dalam MRSM. Selain itu, Homeroom juga bertindak di mana pelajar boleh saling berinteraksi dan menceritakan masalah masing-masing, serta melakukan pelbagai aktiviti bersama. Di MRSM Pengkalan Hulu, setiap Homeroom dinamakan mengikut nama guru penasihat.


Lagu rasmi sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting


Lihat juga sunting