Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba
Koordinat: 2°18′07″N 102°26′26″E / 2.30201°N 102.44055°E
Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba (singkatan: MRSM Tun Ghafar Baba) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Jasin, Melaka. Sebelum ini, MRSM TGB dikenali sebagai MRSM Jasin[1]. MRSM TGB menawarkan program Bitara kepada pelajar tingkatan empat dan lima.
Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba مكتب رنده ساءين س مارا تون غافر بابا | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Simpang Kerayong Jasin, 77000, Melaka Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM TGB MRSM Jasin |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Mac 1984 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Zabidin bin Bedut |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Hafizah Irdawati binti Che Muda |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | Muhd Syahidan bin Musa |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Pn. Syarimasni binti Shamsuddin |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Bitara |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Nama alumni | ANSARA TGB Jasin |
Laman sesawang | tgb |
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022 |
Sejarah
suntingPenubuhan maktab
suntingMaktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba ditubuhkan pada tahun 1981 dan terletak di daerah Jasin di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka ketika itu YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Blok Asrama, Dewan Selera, Dewan Kuliah, Dewan Besar, Pusat Sumber Ilmu dan Blok Makmal. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2 Ogos 1982 terdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru ialah seramai 16 orang. Pembukaan rasmi maktab ini telah dijalankan pada 8 Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam. MRSM Tun Ghafar Baba mengalami proses pembesaran, dan pada tahun 1992, pengambilan masuk melebihi 1000 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba telah mengikuti Program Khas Pendidikan (PKP) sepenuhnya sehinggalah sekarang. Setakat tahun 2006 (SPM 2005), MRSM Tun Ghafar Baba telah menghasilkan lebih kurang 8000 pelajar yang berjaya. Sempena menyambut ulang tahun ke-25 MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 25/7/2006 oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Senarai pengetua
suntingNama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
En. Abdul Halim bin Arifin | 1982 | 1984 |
Tuan Hj. Mohd Shariff bin Abd Latif | 1984 | 1987 |
Tuan Hj. Mokhti bin Husin | 1987 | 1993 |
Tuan Hj. Asrokin bin Sanuji | 1993 | 1999 |
En. Mohd Hussain bin Ibrahim | 1999 | 2000 |
Dr. Fatanah binti Mohamed | 2000 | 2004 |
Tuan Hj. Ruslan bin Abdul Shukor | 2004 | 2005 |
Puan Hjh. Zawiyah binti Hasan | 2005 | 2006 |
Tuan Hj. Khalil bin Ab Rahman | 2006 | 2008 |
Tuan Hj. Ghazale bin Bahari | 2008 | 2009 |
Dr. Mariam binti Md Salleh | 2009 | 2013 |
Pn. Latipah binti Ahmad | 2013 | 2014 |
Tuan Hj. Mohd Yusoff bin Hassan | 2014 | 2015 |
Tuan Hj. Mohd. Anuar bin Mohamad Yusof | 2015 | 2018 |
Tuan Hj. Mohammed Satari bin Hashim | 2018 | 2021 |
Tuan Hj. Abdul Manab bin Abd Majid | 2021 | 2022 |
En. Zabidin bin Bedut | 2022 |
Lagu rasmi MRSM Tun Ghafar Baba
suntingWahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Kemudahan
suntingAkademik dan pentadbiran
sunting- 2 blok Bangunan Akademik
- 2 blok Bangunan Makmal
- 2 buah Dewan Besar
- Pusat Sumber Pembelajaran
- Bangunan Pentadbiran
Penginapan pelajar dan staf
sunting- 4 blok asrama lelaki
- 3 blok asrama perempuan
- 2 buah dewan selera
Sukan dan rekreasi
sunting- Padang bola sepak
- 4 buah gelanggang tenis
- 2 buah gelanggang bola keranjang
- 3 buah gelanggang bola tampar
- 3 buah gelanggang sepak takraw
- Kolam renang
Korporat
suntingVisi
suntingMRSM Tun Ghafar Baba berusaha menjadi peneraju kecemerlangan institusi pendidikan menengah yang berteraskan nilai saintifik, independen, kreatif, keusahawanan dan Patriotik dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
Misi
sunting- Memastikan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.
- Menjayakan program pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) pelajar ke arah kecemerlangan akademik yang disasarkan.
- Melahirkan pelajar yang berbakat, berketrampilan, berkepimpinan, berinisiatif, kreatif, inovatif dan dapat mengembangkan minat melalui aktiviti akademik serta kokurikulum.
- Mengadakan program yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Objektif
sunting- Mempastikan semua dasar yang telah diputuskan pihak MARA dan BPL(M) dipatuhi dan dilaksanakan.
- Mempastikan 100% pelajar mendapat ‘A’ dalam semua subjek SPM setiap tahun.
- Mempastikan indeks prestasi (GPS) 1.3 dan ke bawah dalam SPM setiap tahun.
- Mempastikan tiada pelajar terlibat dalam kes disiplin sepanjang masa.
- Mempastikan program pembangunan warga maktab melibatkan Badan MUAFAKAT dan komuniti setempat.
- Mempastikan wujudnya prasarana yang sempurna mengikut piawai MARA dan dikawal selia secara berkala.
- Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan sepanjang masa.
- Sentiasa mempastikan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti
suntingDalam institusi
suntingPada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba adalah di antara tiga buah MRSM yang diberi amanah untuk melaksanakan Program Khas Pendidikan selain daripada MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Taiping. Program ini menawarkan satu program yang boleh memperkembangkan dan meluaskan pengalaman serta mengcungkil bakat para pelajar yang biasanya tidak dapat diasah dalam kurikulum biasa. Pelajar pelajar yang mempunyai 'talent pool' dipilih berdasarkan keputusan PMR dan dianggap 'gifted' atau pintar cerdas.
Selain daripada menyediakan pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM, dengan menggunakan Schoolwide Enrichment Model (SEM) yang diasaskan oleh Dr. Joseph Renzulli, MRSM Tun Ghafar Baba menyediakan pelbagai aktiviti pengkayaan SEM yang menjurus kepada aktiviti aktiviti yang memaksimakan potensi mereka dan memberi cabaran kepada pelajar kelas 408 dan memberi cabaran kepada kebolehan mereka. Model ini memberi pengalaman pembelajaran yang pelbagai untuk pelajar pintar cerdas.
Rujukan
sunting- ^ "MRSM Pontian guna nama baharu". Kosmo. 24 Februari 2014. Dicapai pada 5 Jun 2017.