Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba

Koordinat: 2°18′07″N 102°26′26″E / 2.30201°N 102.44055°E / 2.30201; 102.44055

Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba (singkatan: MRSM Tun Ghafar Baba) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Jasin, Melaka. Sebelum ini, MRSM TGB dikenali sebagai MRSM Jasin[1]. MRSM TGB menawarkan program Bitara kepada pelajar tingkatan empat dan lima.

Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba
مكتب رنده ساءين س مارا تون غافر بابا
Lokasi
Jalan Haji Babu
Jasin, 77000, Melaka
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM TGB
MRSM Jasin
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMac 1984
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Zabidin bin Bedut
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Hafizah Irdawati binti Che Muda
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
Muhd Syahidan bin Musa
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Syarimasni binti Shamsuddin
Sistem pendidikanSPMRSM Program Bitara
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganWe Strive For Infinite Excellence
Nama alumniANSARA TGB Jasin
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022


Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba ditubuhkan pada tahun 1981 dan terletak di daerah Jasin di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka ketika itu YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Blok Asrama, Dewan Selera, Dewan Kuliah, Dewan Besar, Pusat Sumber Ilmu dan Blok Makmal. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2 Ogos 1982 terdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru ialah seramai 16 orang. Pembukaan rasmi maktab ini telah dijalankan pada 8 Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam. MRSM Tun Ghafar Baba mengalami proses pembesaran, dan pada tahun 1992, pengambilan masuk melebihi 1000 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.

Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba telah mengikuti Program Khas Pendidikan (PKP) sepenuhnya sehinggalah sekarang. Setakat tahun 2006 (SPM 2005), MRSM Tun Ghafar Baba telah menghasilkan lebih kurang 8000 pelajar yang berjaya. Sempena menyambut ulang tahun ke-25 MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 25/7/2006 oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Senarai pengetua sunting

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
En. Abdul Halim bin Arifin 1982 1984
Tuan Hj. Mohd Shariff bin Abd Latif 1984 1987
Tuan Hj. Mokhti bin Husin 1987 1993
Tuan Hj. Asrokin bin Sanuji 1993 1999
En. Mohd Hussain bin Ibrahim 1999 2000
Dr. Fatanah binti Mohamed 2000 2004
Tuan Hj. Ruslan bin Abdul Shukor 2004 2005
Puan Hjh. Zawiyah binti Hasan 2005 2006
Tuan Hj. Khalil bin Ab Rahman 2006 2008
Tuan Hj. Ghazale bin Bahari 2008 2009
Dr. Mariam binti Md Salleh 2009 2013
Pn. Latipah binti Ahmad 2013 2014
Tuan Hj. Mohd Yusoff bin Hassan 2014 2015
Tuan Hj. Mohd. Anuar bin Mohamad Yusof 2015 2018
Tuan Hj. Mohammed Satari bin Hashim 2018 2021
Tuan Hj. Abdul Manab bin Abd Majid 2021 2022
En. Zabidin bin Bedut 2022

Lagu rasmi MRSM Tun Ghafar Baba sunting

Wahai putera-puteri bangsaku

Ayuh segera menuju

Mengikut gerak langkah maju

Bersatu mencari ilmu


Di zaman sains dan teknologi

Negara perlukan jasamu

Janganlah rasa malas lagi

Bersama memegang teraju


Di Maktab Rendah Sains MARA

Tuntut ilmu jangan jemu

Ikrar taat setia pada guru

Berdisiplin selalu


Hari ini hari mulanya

Hari esok berjaya

Lengkapkan segala yang ada

Ke kuliah kita segera

Kemudahan sunting

 
Bangunan Pentadbiran MRSM Tun Ghafar Baba

Akademik dan pentadbiran sunting

Penginapan pelajar dan staf sunting

  • 4 blok asrama lelaki
  • 3 blok asrama perempuan
  • 2 buah dewan selera

Sukan dan rekreasi sunting


Korporat sunting

Visi sunting

MRSM Tun Ghafar Baba berusaha menjadi peneraju kecemerlangan institusi pendidikan menengah yang berteraskan nilai saintifik, independen, kreatif, keusahawanan dan Patriotik dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Misi sunting

  • Memastikan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.
  • Menjayakan program pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) pelajar ke arah kecemerlangan akademik yang disasarkan.
  • Melahirkan pelajar yang berbakat, berketrampilan, berkepimpinan, berinisiatif, kreatif, inovatif dan dapat mengembangkan minat melalui aktiviti akademik serta kokurikulum.
  • Mengadakan program yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Objektif sunting

  • Mempastikan semua dasar yang telah diputuskan pihak MARA dan BPL(M) dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Mempastikan 100% pelajar mendapat ‘A’ dalam semua subjek SPM setiap tahun.
  • Mempastikan indeks prestasi (GPS) 1.3 dan ke bawah dalam SPM setiap tahun.
  • Mempastikan tiada pelajar terlibat dalam kes disiplin sepanjang masa.
  • Mempastikan program pembangunan warga maktab melibatkan Badan MUAFAKAT dan komuniti setempat.
  • Mempastikan wujudnya prasarana yang sempurna mengikut piawai MARA dan dikawal selia secara berkala.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan sepanjang masa.
  • Sentiasa mempastikan persekitaran yang kondusif untuk menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


Aktiviti sunting

Dalam institusi sunting

Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba adalah di antara tiga buah MRSM yang diberi amanah untuk melaksanakan Program Khas Pendidikan selain daripada MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Taiping. Program ini menawarkan satu program yang boleh memperkembangkan dan meluaskan pengalaman serta mengcungkil bakat para pelajar yang biasanya tidak dapat diasah dalam kurikulum biasa. Pelajar pelajar yang mempunyai 'talent pool' dipilih berdasarkan keputusan PMR dan dianggap 'gifted' atau pintar cerdas.

Selain daripada menyediakan pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM, dengan menggunakan Schoolwide Enrichment Model (SEM) yang diasaskan oleh Dr. Joseph Renzulli, MRSM Tun Ghafar Baba menyediakan pelbagai aktiviti pengkayaan SEM yang menjurus kepada aktiviti aktiviti yang memaksimakan potensi mereka dan memberi cabaran kepada pelajar kelas 408 dan memberi cabaran kepada kebolehan mereka. Model ini memberi pengalaman pembelajaran yang pelbagai untuk pelajar pintar cerdas.

Rujukan sunting

  1. ^ "MRSM Pontian guna nama baharu". Kosmo. 24 Februari 2014. Dicapai pada 5 Jun 2017.


Lihat juga sunting