Maktab Rendah Sains MARA Beseri

MRSM Beseri

Koordinat: 6°33′13″N 100°13′53″E / 6.55370°N 100.23128°E / 6.55370; 100.23128

Maktab Rendah Sains MARA Beseri (singkatan: MRSM Beseri) adalah sebuah sekolah menengah berasrama penuh yang terletak di Beseri, Perlis. MRSM Beseri menawarkan program Premier bermula dari tingkatan 1 sehingga 5.

Maktab Rendah Sains MARA Beseri
مكتب رنده ساءين س مارا بيسيري
Alamat
Batu 8 1/2
Jalan Kaki Bukit
Beseri, 02400, Perlis
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Beseri
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanApril 1985
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Mohd Rizalmi bin Dahaman
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Siti Nur Adila binti Had
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Zul Hakim bin Sharkawi
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Dr. Zaliyatun Azlila binti Ahmad
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganMRSM Beseri Is The BEST
Nama alumniANSARA Beseri (ANSERI)
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: January 2024

Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

Rancangan penubuhan MRSM Perlis adalah termasuk di dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Ke 4. Hasil perbincangan antara MARA dengan Kerajaan Negeri Perlis, akhirnya tapak yang sesuai telah dikenalpasti di Batu 8 ½, Jalan Kaki Bukit, Beseri, Perlis.

Permohonan 6 lot tanah seluas 55.5 ekar telah diluluskan pada 21 Jun 1980 dengan bayaran premium sebanyak RM697,794.04. Kerja-kerja pembersihan tapak maktab yang dahulunya dipenuhi dengan tanaman getah dimulakan pada 28 Oktober 1982. Perletakan batu asas projek pembinaan maktab telah dilakukan oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalulail Raja Perlis pada 28 April 1983 dan dirasmikan oleh baginda pada 6 Julai 1988 bersamaan 22 Zulkaedah 1408.

Pada 26 Mac 1984 kerja pembinaan fasa 1 yang bernilai RM8.6 juta telah dimulakan oleh Syarikat Woodtex Sdn. Bhd. Kerja pembinaan fasa 2A yang bernilai RM1.5 juta telah dimulakan oleh Syarikat Pembinaan Bumira Sdn. Bhd. pada 7 Julai 1986 dan siap pada 12 Oktober 1986. Kerja pembinaan fasa 2B yang bernilai 3.4 juta telah dimulakan pada 28 Oktober 1986 oleh Syarikat KLK Kontrak Bina Sdn. Bhd. dan siap pada 16 Februari 1987.

Kerja pembinaan Fasa 3 yang bernilai RM1.2 juta telah dimulakan pada 27 April 1994 oleh Pembinaan Binajaya dan siap pada 7 Mac 1995. Dengan siapnya kerja pembinaan tersebut, maktab kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti makmal, asrama, dewan selera, bilik komputer, pusat sumber pembelajaran, galeri seni, surau, gelanggang tennis, gelanggang bola tampar, padang bola dan lain-lain.

MRSM Beseri telah mula beroperasi pada 1 April 1985 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 44 orang dengan pengetua pertamanya iaitu Tuan Haji Ahmad Roslan bin Johari dan 381 pelajar perintis serta 34 orang kakitangan. Kini bilangan staf akademik berjumlah 71 orang, staf bukan akademik 66 orang, dan lebih kurang 800 orang pelajar di bawah pentadbiran pengetua ke lima En. Saleh bin Osman.

Senarai pengetua sunting

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tuan Hj. Ahmad Roslan bin Johari 1985 1993
Tuan Hj A. Mokhti bin Hussin 1993 2000
Puan Hjh Shaariah binti Dahaman Januari 2001 Disember 2003
Tuan Hj Ahmad bin Ismail Januari 2004 Jun 2006
En. Saleh bin Osman Julai 2006 November 2007
En. Abd Hamid bin Hj Ahmad November 2007 Mei 2010
Pn Halimahtun Saadiah binti Mohd Taib Jun 2010 Jun 2012
En. Mohd Salim bin L. Bulat Julai 2012 Mac 2018
Tuan Haji Sulaiman Bin Yusof Julai 2018 Januari 2020
Tuan Hj. Maznan bin Maamor Januari 2020 Disember 2023
Tuan Hj. Mohd Rizalmi Bin Dahaman Disember 2023 -

Lagu rasmi sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting


Lihat juga sunting