Maktab Sultan Ismail

Maktab Sultan Ismail atau nama ringkasnya SIC (Sultan Ismail College), merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Maktab Sultan Ismail
Lokasi
 Malaysia Jalan Telipot,, 15150, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahMaktab, Sekolah kerajaan, Sekolah kluster
Moto"Setia Maju dan Jaya" "We Strive For Excellence"
Nombor sekolah6097418772
Kod sekolahDEB1137
Pengerusi PIBGYB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Derashid
PengetuaYM Haji Raja Azman Bin Raja Ibrahim
JantinaLelaki
WarnaBiru
Faks6097482161
Laman sesawang


Pada 2009, Maktab Sultan Ismail memiliki 896 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 932 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.

Sejarah sunting

Maktab Sultan Ismail ditubuhkan sebagai Ismail English School (IES) pada 5 Januari 1936 bersempena nama KDYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu.

IES menumpang di sebuah bangunan Sekolah Melayu Padang Garong di Jalan Hospital, Kota Bharu. Pada akhir Tahun 1936 IES telah berpindah ke sebuah bangunan baru di Telipot. Nama IES ditukar menjadi Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail/MSI) pada 17 April 1954.

Maktab Sultan Ismail yang kekal di tempat asalnya pada tahun 1954 telah berkembang sebagai sekolah menengah yang mempunyai tingkatan 4, 5, 6 Rendah dan 6 Atas dalam aliran sastera, sains dan perdagangan. Maktab Sultan Ismail telah dilengkapi dengan kemudahan asrama, rumah-rumah guru, dewan besar, makmal sains, kantin di kawasan tanah yang berkeluasan 20 ekar.

Pembukaannya telah dirasmikan pada 7 April 1955 oleh KDYMM Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu. Sempena perasmiannya nama sekolah ini telah ditukar kepada Maktab Sultan Ismail (sebelumnya dikenali Ismail English School).

Pencapaian sunting

Kebangsaan sunting

  • 2009 Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan

Alamat sunting

Maktab Sultan Ismail,
Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097418772
Faks = 6097482161

Pautan luar sunting