Malé (bahasa Divehi: މާލެ) ialah ibu negara dan bandar raya paling padat di Republik Maldives. Secara geografi, ia terletak di selatan Atol Malé Utara, yang merupakan sebahagian daripada kawasan pentadbiran Atol Kaafu. Walaupun bagaimanapun, bandar raya tersebut ditadbir oleh Majlis Bandaraya Malé. Keluasan bandar raya ini meliputi kawasan seluas 5.798 kilometer persegi (2.239 bt2) dan ia semakin membesar disebabkan oleh projek penebusgunaan tanah.

Malé
މާލެ
Pulau Malé
Pemandangan dari udara pulau Malé seperti yang dilihat dari arah barat daya
Negara Maldives
Atol geografiAtol Kaafu
Pentadbiran
 • MajlisMajlis Bandaraya Malé
 • Datuk bandarMaizan Ali Manik (M)
Keluasan
 • Jumlah5.798 km2 (2.239 batu persegi)
Aras
2.4 m (7.9 ft)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah105,000
 • Kepadatan18,000/km2 (50,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+5 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak tersedia
Kod kawasan331, 332, 333, 334
Kod ISO 3166MV-MLE
Laman sesawangmalecity.gov.mv

Malé merupakan pusat politik, kebudayaan, ekonomi dan kewangan yang utama di Maldives; malah seluruh negara Maldives diberi nama sempena kota ini bermaksud "pulau-pulau Malé".[1] Pada tahun 2012, Malé mempunyai jumlah penduduk kira-kira 105,000 orang. Bandar raya ini dihubungkan dengan dunia luar oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir yang terletak di Pulau Hulhulé.

Geografi sunting

Iklim sunting

Malé mempunyai iklim monsun tropika di bawah pengelasan iklim Köppen. Musim lembap di bandar raya ini berlaku dari bulan Mei sehingga Disember manakala musim keringnya pula meliputi empat hingga lima bulan selebihnya. Tidak seperti bandar raya-bandar raya lain di dunia dengan iklim ini, Malé mengalamai suhu yang agak konsisten sepanjang tahun dengan suhu tinggi purata 30 darjah Celsius dan suhu rendah purata 26.5 darjah Celsius. Keadaan tersebut adalah menyerupai min harian purata sepanjang tahun di bandar raya di kawasan khatulistiwa.

Kerpasan tahunan di Malé biasanya lebih sedikit daripada 1600 mm.

Data iklim untuk Malé (1981–2000, extremes 1966–present)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 32.8
(91.0)
32.6
(90.7)
33.2
(91.8)
35.0
(95.0)
34.2
(93.6)
33.2
(91.8)
32.5
(90.5)
32.8
(91.0)
32.4
(90.3)
32.5
(90.5)
32.6
(90.7)
32.6
(90.7)
35.0
(95.0)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30.3
(86.5)
30.7
(87.3)
31.4
(88.5)
31.6
(88.9)
31.2
(88.2)
30.6
(87.1)
30.5
(86.9)
30.4
(86.7)
30.2
(86.4)
30.2
(86.4)
30.1
(86.2)
30.1
(86.2)
30.6
(87.1)
Purata suhu harian, °C (°F) 28.0
(82.4)
28.3
(82.9)
28.9
(84.0)
29.2
(84.6)
28.8
(83.8)
28.3
(82.9)
28.2
(82.8)
28.0
(82.4)
27.8
(82.0)
27.8
(82.0)
27.7
(81.9)
27.8
(82.0)
28.2
(82.8)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 25.7
(78.3)
25.9
(78.6)
26.4
(79.5)
26.8
(80.2)
26.3
(79.3)
26.0
(78.8)
25.8
(78.4)
25.5
(77.9)
25.3
(77.5)
25.4
(77.7)
25.2
(77.4)
25.4
(77.7)
25.8
(78.4)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 20.6
(69.1)
22.6
(72.7)
22.4
(72.3)
21.8
(71.2)
20.6
(69.1)
22.1
(71.8)
22.5
(72.5)
21.0
(69.8)
20.5
(68.9)
22.5
(72.5)
19.2
(66.6)
22.0
(71.6)
19.2
(66.6)
Purata curahan hujan, mm (inci) 114.2
(4.50)
38.1
(1.50)
73.9
(2.91)
122.5
(4.82)
218.9
(8.62)
167.3
(6.59)
149.9
(5.90)
175.5
(6.91)
199.0
(7.83)
194.2
(7.65)
231.1
(9.10)
216.8
(8.54)
1,901.4
(74.87)
Purata bilangan hari hujan 6 3 5 9 15 13 12 13 15 15 13 12 131
Purata kelembapan relatif (%) 78.0 77.0 76.9 78.1 80.8 80.7 79.1 80.5 81.0 81.7 82.2 80.9 79.7
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 248.4 257.8 279.6 246.8 223.2 202.3 226.6 211.5 200.4 234.8 226.1 220.7 2,778.2
Sumber 1: Pertubuhan Meteorologi Sedunia[2]
Sumber 2: NOAA (relative humidity and sun 1961–1990),[3] Meteo Climat (record highs and lows)[4]

Pembahagian pentadbiran sunting

Bandar raya Malé dibahagikan kepada enam bahagian dimana empat daripadanya berada di pulau Malé iaitu Henveiru, Galolhu, Maafannu dan Macchangolhi. Dua bahagian lain pula adalah Vilimalé yang terletak di pulau Vilingili serta pulau buatan Hulhumalé yang mula diduki pada tahun 2004. Rancangan untuk mewujudkan sebuah pulau pelabuhan juga telah dimulakan di terumbu Gulhi Falu.[5]

Nr. Bahagian Luas
(ha)
Populasi
(Bancian 2006)
Kepadatan
populasi
Catatan
1 Henveiru 59.1 23,597 39,927.2 Pulau Malé
2 Galolhu 27.6 19,414 70,340.6 Pulau Malé
3 Machchangolhi 32.6 19,580 60,061.3 Pulau Malé
4 Maafannu 75.9 29,964 39,478.3 Pulau Malé
1-4 Malé (pulau) 195.2 92,555 47,415.5 Pulau Malé
5 Vilimalé 31.8 6,956 21,874.2 Pulau Villingili
6 Hulhumalé 200.9 2,866 1,426.6 Pulau buatan
- Hulhulé 151.9 1,316 866.4 Pulau Lapangan Terbang
- Gulhi Falhu - - - Pulau perlabuhan yang dirancang
  Malé (bandar raya) 579.8 103,693 17,884.3  

Bandar berkembar dan bandar raya bersaudara sunting

Negara Bandar raya Negeri / kawasan
  Taiwan Kaohsiung   Taiwan Selatan
  Djibouti Djibouti   Kawasan Djibouti
  Sri Lanka Colombo   Wilayah Barat

Rujukan sunting

  1. ^ Caldwell, Robert. Comparative Dravidian Grammar. m/s. 27–28.
  2. ^ "World Weather Information Service - Malé". WMO. Dicapai pada 17 March 2016.
  3. ^ "Malé Climate 1961-90". NOAA. Dicapai pada 17 March 2016.
  4. ^ "Station Malé" (dalam bahasa Perancis). Meteo Climat. Dicapai pada 19 Oktober 2016.
  5. ^ Gulhifalhu.com, Global Business Park Gulhi Falhu

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Malé di Wikimedia Commons