Malam Tahun Baru Cina

Malam Tahun Baru Cina ialah hari sebelum Tahun Baru Cina. Menyambut Malam Tahun Baru Cina selalu menjadi hal keluarga di China, ia merupakan hari majlis perjumpaan bagi setiap keluarga Cina. Sambutan ini telah berkembang dalam tempoh masa yang panjang. Asal usul Malam Tahun Baru Cina dapat dijejak semula pada 3500 tahun yang lalu. Malam Tahun Baru Cina berasal di Dinasti Shang (1600 – 1046SM), apabila orang Cina mengadakan upacara korban sebagai penghormatan sempena dewa dan keturunan pada penghujung setiap tahun. Kemudian di Dinasti Zhou (1046 – 256SM), frasa “Nian (Tahun)” muncul dan kemudian amalan budaya tertentu menjadi popular dalam kalangan orang Cina seperti menghantar dewa pintu, membakar buluh.[2]

Malam Tahun Baru Cina
Nama rasmi除夕 (chúxī) di China
Diraikan oleh/di
China, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Vietnam
JenisBudaya, Agama
KepentinganDisambut pada penghujung tahun
Tarikhhari terakhir bulan qamari yang ke-12[1]
Berkaitan dengan
Tahun Baru Cina

Tarikh Malam Tahun Baru Cina sunting

Memandangkan orang Cina menggunakan takwim qamari, tiada tarikh tetap bagi Malam Tahun Baru Cina. Berikut adalah jadual bagi tarikh Malam Tahun Baru Cina dari 2000 hingga 2020.

Tarikh Malam Tahun Baru Cina (2011 - 2031)[3]
Tahun Tarikh Hari
2011 2 Feb 2011 Rabu
2012 22 Jan 2012 Ahad
2013 9 Feb 2013 Sabtu
2014 30 Jan 2014 Khamis
2015 18 Feb 2015 Rabu
2016 7 Feb 2016 Ahad
2017 27 Jan 2017 Jumaat
2018 15 Feb 2018 Khamis
2019 4 Feb 2019 Isnin
2020 24 Jan 2020 Jumaat
2021 11 Feb 2021 Khamis
2022 31 Jan 2022 Isnin
2023 21 Jan 2023 Sabtu
2024 9 Feb 2024 Jumaat
2025 28 Jan 2025 Selasa
2026 16 Feb 2026 Isnin
2027 5 Feb 2027 Jumaat
2028 25 Jan 2028 Selasa
2029 12 Feb 2029 Isnin
2030 2 Feb 2030 Sabtu
2031 22 Jan 2031 Rabu

Tradisi sunting

Amalan Malam Tahun Baru Cina ialah kelompok sejarah dan tradisi perayaan ini selama beribu-ribu tahun, terdapat banyak amalan di China yang berbeza-beza kerana orang di rantau yang lain mempunyai adat yang berbeza. Kebanyakan amalan wujud selama beribu-ribu tahun dan masih digunakan pada masa ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "Lunar New Year's Eve in China". timeanddate.com. Dicapai pada 23 September 2018.
  2. ^ Bin, Zhao (1998). "Popular family television and party ideology: the Spring Festival Eve happy gathering". Media, Culture & Society. 20 (1): 43–58. doi:10.1177/016344398020001004.
  3. ^ "Spring Festival Eve in China".

Pautan luar sunting