Malapetaka ultralembayung
Malapetaka ultralembayung, malapetaka ultraungu, atau ada juga dipanggil malapetaka Rayleigh-Jeans, ialah suatu ramalan pada penghujung abad ke-19 yang dinatijahkan oleh fizik klasik. Ramalan itu menyebut bahawa suatu jasad hitam akan memancarkan cahaya dari semua panjang gelombang pada keseimbangan haba. Tenaga yang dipancarkan oleh gelombang pendek lebih tinggi daripada cahaya dari gelombang panjang. Dari perkiraan, jumlah tenaga yang dipancarkan ini tersangatlah tinggi sedangkan sebenarnya ia tidak begitu. Oleh itu, sejenis model baharu berkaitan sinaran jasad hitam diperlukan. Model Rayleigh-Jeans yang menyebabkan malapetaka ini digantikan dengan model kuantum yang dipelopori Max Planck.